Rancangan Pelaksanaan
Aktiviti
Tarikh
/ Hari
|
15 Julai 2019 / Isnin
|
Masa
|
9.00 – 9.40 pagi ( 40
minit )
|
Umur
|
3 tahun
|
Bil
Kanak-Kanak
|
12 orang
|
Tema
|
Abjad
|
Tajuk
Aktiviti
|
Aktiviti mengenal huruf
X
|
Bidang
Pembelajaran Fokus
|
Perkembangan bahasa,
komunikasi, dan literasi awal
|
Pengetahuan
Sedia Ada
|
Kanak-kanak boleh
menyanyi lagu A B C
|
Hasil
Pembelajaran
|
Di akhir pembelajaran
ini, kanak-kanak dapat :
1. Mengenal dan
menyebut huruf X dengan baik.
2. Membuat kolaj
pada huruf X dengan baik.
|
Senarai
Bahan / Alat
|
Lembaran kerja huruf X,
warna air, putik kapas
|
Ruang
Aktiviti
|
Ruang belajar
|
Langkah-Langkah Pelaksanaan
|
|
Permulaan
Aktiviti
Set
Induksi
(
5 minit )
|
1. Memberi dan
menjawab salam.
2. Pendidik meminta
kanak-kanak menyanyikan lagu A B C bersama-sama.
3. Pendidik
mengimbas kembali pelajaran lepas dengan menyebut huruf-huruf yang telah
dipelajari.
|
Kandungan
Aktiviti
Perkembangan
Aktiviti
(
30 minit )
|
1. Pendidik
memperkenalkan huruf X kepada kanak-kanak.
2. Pendidik menulis
huruf X pada papan putih dan menunjukkan cara-cara menulis huruf X kepada
kanak-kanak.
3. Pendidik
memperkenalkan bunyi huruf X kepada kanak-kanak.
4. Pendidik meminta
kanak-kanak membunyikan huruf X.
5. Pendidik memberi
penerangan aktiviti kepada kanak-kanak dan menunjukkan contoh membuat capan
huruf X.
6. Pendidik
mengedarkan lembaran kerja dan putik kapas kepada setiap kanak-kanak.
7. Pendidik juga
mengagihkan warna air yang telah dibancuh secara berkumpulan.
8. Pendidik meminta
kanak-kanak untuk membuat capan huruf X dengan menggunakan putik kapas.
9. Pendidik
membimbing kanak-kanak membuat capan menggunakan putik kapas.
|
Penutup
(
5 minit )
|
1. Pendidik meminta
kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dan menghantar hasil kerja
menandakan masa aktiviti telah tamat.
2. Pendidik bertanya
kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3. Kanak-kanak akan
menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.
4. Kanak-kanak akan
mengucapkan terima kasih kepada pendidik.
|
Perhatian
|
1. Pendidik
memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti
dijalankan tidak berbahaya.
2. Pendidik
memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan
selepas menjalankan aktiviti.
3. Pendidik
memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.
|
REFLEKSI :
LAMPIRAN :