LAPORAN
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
TASKA
UMMI IDA, TELUK INTAN
KE KOLEJ
VOKASIONAL TELUK INTAN, PERAK
Lawatan sambil belajar ke Kolej Vokasional
Teluk Intan adalah aktiviti yang telah dijalankan oleh Taska Ummi Ida.
Butir-butir program adalah seperti berikut :-
Tempat Lawatan :Kolej Vokasional Teluk Intan, Perak
Tarikh :
2 Julai 2019 (Selasa)
Waktu :
8.30 pagi sehingga jam 11.30 pagi
Anggota Rombongan : 24 orang kanak-kanak dan 8 guru pembimbing
1.
Guru Pengiring
a)
Cikgu Nur Amira
b)
Cikgu Norkhairiyah
c)
Cikgu Siti Hajar
d)
Cikgu Siti
Nurzahirah
e)
Cikgu Saiful Adam
f)
Cikgu Muhammad
Fakhrulrazi
g)
Cikgu Nur Shuhada
h)
Cikgu Evhytra
2.
Tujuan Lawatan
a)
Menambahkan pengalaman
kanak-kanak
b)
Menghubung kaitkan
dengan tema tahunan kelas
c)
Menanam rasa cinta
terhadap haiwan ternakan
d)
Pembelajaran melalui
pengalaman sendiri
e)
Mendedahkan
kanak-kanak dengan dunia luar
3.
Persediaan Awal
Mesyuarat Jawatankuasa Lawatan telah diadakan bagi membincangkan
perjalanan lawatan ini. Antara yang dibincangkan di dalam lawatan ialah ;
a)
Guru pembimbing yang
akan mengikuti lawatan
b)
Kos Lawatan
c)
Aktiviti-aktiviti
yang akan dilakukan
d)
Waktu bertolak dan
balik
e)
Pengangkutan
f)
Makan dan minum
4.
Aktiviti Sepanjang Lawatan
Kami dijemput khas oleh pihak Kolej
Vokasional pada jam 8.30 pagi dan tiba di Kolej Vokasional pada jam 9.00 pagi.
Kami disambut mesra oleh guru Kolej Vokasional dan pengarah Kolej. Aktiviti
pertama kami adalah mendengar penerangan dari pihak guru unit ternakan.
Kemudian, anak-anak diberi peluang untuk memberi makan lembu. Seterusnya
kanak-kanak bergerak ke unit poultry untuk melihat ayam bertelur.
Setelah itu, kami berjalan kaki ke
kandang kambing pula. Kanak-kanak diberi peluang untuk memberi makan kambing
dan memegang anak kambing yang berusia beberapa minggu. Setelah itu, kami bergambar
dan berehat sebentar sementara menunggu bas tiba. Setelah selesai aktiviti,
kami dihantar pulang ke TASKA pada jam 11.00 pagi.
5.
Faedah Lawatan
a)
Setiap kanak-kanak
dapat merasai sendiri pengalaman menaiki bas
b)
Setiap kanak-kanak
dapat menghubungkaikan dengan pembelajaran di kelas
c)
Setiap kanak-kanak
dapat meluaskan pandangan dan mempelajari perkara-perkara baru
6.
Penutup
Setiap
kanak-kanak seronok dengan aktiviti lawatan ini. Tepat jam 11.15 pagi, kami
tiba di TASKA Ummi Ida dengan perasaan puas dan berkeinginan untuk pergi lagi.
Laporan ditulis
oleh
……………………………………………….
(NUR AMIRA************************************)
Penyelia dan Penyelaras Program Lawatan
Taska Ummi Ida,
Taman Intan Mas, Teluk Intan