Ogos 08, 2019

RPA : Aktiviti Mengenal Haiwan Liar



Rancangan Pelaksanaan Aktiviti

Tarikh / Hari
8 Julai 2019 / Isnin
Masa
9.40 - 10.20 pagi ( 40 minit )
Umur
3 tahun
Bil Kanak-Kanak
12 orang
Tema
 Haiwan Liar
Tajuk Aktiviti
Aktiviti mengenal haiwan liar
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan deria dan dunia persekitaran
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak-kanak telah mengenali beberapa jenis haiwan.
Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :
1.    Mengenal dan menyebut nama-nama haiwan liar dengan baik.
2.    Membunyikan bunyi haiwan dan membuat pergerakan haiwan liar.


Senarai Bahan / Alat
Kad imbas haiwan liar
Ruang Aktiviti
Ruang belajar
Langkah-Langkah Pelaksanaan
Permulaan Aktiviti

Set Induksi
( 10 minit )
1.    Memberi dan menjawab salam.
2.    Pendidik mengimbas kembali pembelajaran lepas dengan menyebut nama-nama haiwan yang telah mereka pelajari.
3.    Pendidik meminta kanak-kanak menyanyikan lagu ‘Haiwan dalam bulatan’ bersama-sama.
Kandungan Aktiviti

Perkembangan Aktiviti
( 25 minit )
1.    Pendidik menunjukkan kad imbas haiwan kepada kanak-kanak.
2.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk meneka nama haiwan yang ditunjukkan oleh pendidik.
3.    Pendidik menunjukkan gambar dan memperkenalkan nama-nama haiwan liar.
4.    Pendidik juga menunjukkan gambar dan video sebenar haiwan liar kepada kanak-kanak.
5.    Pendidik memilih beberapa orang kanak- kanak ke hadapan dan meminta kanak-kanak tersebut membuat bunyi atau pergerakan haiwan liar yang disebut oleh pendidik.
Penutup
( 5 minit )
1.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dengan tenang dan selesa menandakan masa aktiviti telah tamat.
2.    Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3.    Kanak-kanak akan menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.
4.    Kanak-kanak akan mengucapkan terima kasih kepada pendidik.
Perhatian

1.    Pendidik memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan tidak berbahaya.
2.    Pendidik memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
3.    Pendidik memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.

REFLEKSI :


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...