Ogos 08, 2019

RPA : Aktiviti Membuat Aiskrim




Rancangan Pelaksanaan Aktiviti

Tarikh / Hari
 16 Julai 2019 / Selasa
Masa
10.20 – 11.00 pagi ( 40 minit )
Umur
4 tahun
Bil Kanak-Kanak
12 orang
Tema
 Alam bahan
Tajuk Aktiviti
Aktiviti eksperimen membuat aiskrim
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan Awal matematik dan pemikiran logik
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak-kanak pernah melakukan eksperimen dan boleh melakukan aktiviti psikomotor dengan baik
Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :
1.    Meramal secara logik tindak balas yang berlaku berdasarkan eksperimen yang dijalankan.
2.    Menggoncangkan bekas ais dengan kerjasama yang baik.
Senarai Bahan / Alat
ais, air, plastik, garam, getah
Ruang Aktiviti
Ruang manipulatif
Langkah-Langkah Pelaksanaan
Permulaan Aktiviti

Set Induksi

1.    Pendidik memberi salam dan kanak-kanak menjawab salam.
2.    Pendidik meminta kanak-kanak duduk dalam satu bulatan yang besar.
3.    Pendidik menunjukkan alatan dan bahan yang telah disediakan.
4.    Pendidik meminta kanak-kanak meneka nama-nama alatan dan bahan yang disediakan.
Kandungan Aktiviti

Perkembangan Aktiviti

1.    Pendidik memperkenalkan alatan dan bahan yang akan digunakan kepada kanak-kanak.
2.    Pendidik memberi penerangan mengenai eksperimen yang akan dijalankan.
3.    Pendidik menunjukkan cara-cara untuk membuat aiskrim goncang.
4.    Pendidik membungkus air ke dalam plastik kepada setiap kanak-kanak dengan bantuan mereka.
5.    Pendidik memasukkan bungkusan air tersebut ke dalam bekas yang berisi air dan menaburkan garam ke dalam bekas tersebut.
6.    Pendidik meminta setiap kanak-kanak menggoncangkan bekas ais tersebut dengan bekerjasama.
7.    Pendidik mengedarkan sudu dan kanak-kanak memakan aiskrim yang telah dibekukan.
Penutup

1.    Pendidik meminta kanak-kanak membantu guru membersihkan alatan dan kawasan aktiviti menandakan masa aktiviti telah tamat.
2.    Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3.    Kanak-kanak akan menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.
4.    Kanak-kanak akan mengucapkan terima kasih kepada pendidik.
Perhatian

1.    Pendidik memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan tidak berbahaya.
2.    Pendidik memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
3.    Pendidik memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.

REFLEKSI :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...