Ogos 08, 2019

RPA : Aktiviti Mencari Harta Karun



Rancangan Pelaksanaan Aktiviti

Tarikh / Hari
 17 Julai 2019 / Rabu
Masa
9.40 – 10.20 pagi ( 40 minit )
Umur
4 tahun
Bil Kanak-Kanak
12 orang
Tema
Kenderaan darat
Tajuk Aktiviti
Mencari harta karun
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak-kanak telah mengenali kenderaan darat
Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :
1.    Mencari model kenderaan darat yang disembunyikan oleh pendidik.
2.    Menyebutkan nama kenderaan darat yang telah mereka temui dengan betul.
Senarai Bahan / Alat
Model kenderaan darat
Ruang Aktiviti
Ruang manipulatif  dan taman permainan
Langkah-Langkah Pelaksanaan
Permulaan Aktiviti

Set Induksi

·         Pendidik memberi salam dan kanak-kanak menjawab salam.
·         Pendidik meminta kanak-kanak bersedia di dalam kelas dan pendidik menyembunyikan model kereta tersebut.
Kandungan Aktiviti

Perkembangan Aktiviti

·         Pendidik menjelaskan cara aktiviti yang akan dijalankan kepada kanak-kanak.
·         Pendidik meminta kanak-kanak setiap kanak-kanak mencari model kenderaan darat yang telah disembunyikan oleh pendidik di kawasan persekitaran taman permainan.
·         Pendidik meminta kanak-kanak bergerak ke dalam kelas selepas menjumpai sebiji model kereta.
·         Pendidik meminta kanak-kanak meletakkan model kenderaan tersebut ke dalam gelung yang disediakan dan membilang bilangan kereta bersama-sama.
Penutup

·         Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dan menyimpan peralatan yang digunakan menandakan masa aktiviti telah tamat.
·         Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
·         Kanak-kanak akan menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.
·         Kanak-kanak akan mengucapkan terima kasih kepada pendidik.
Perhatian

·         Pendidik memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan tidak berbahaya.
·         Pendidik memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
·         Pendidik memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.

REFLEKSI :


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...