Ogos 08, 2019

RPA : Aktiviti Mengenal Huruf Xx



Rancangan Pelaksanaan Aktiviti

Tarikh / Hari
 15 Julai 2019 / Isnin
Masa
9.00 – 9.40 pagi ( 40 minit )
Umur
3 tahun
Bil Kanak-Kanak
12 orang
Tema
 Abjad
Tajuk Aktiviti
Aktiviti mengenal huruf X
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan bahasa, komunikasi, dan literasi awal
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak-kanak boleh menyanyi lagu A B C
Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :
1.    Mengenal dan menyebut huruf X dengan baik.
2.    Membuat kolaj pada huruf X dengan baik.

Senarai Bahan / Alat
Lembaran kerja huruf X, warna air, putik kapas
Ruang Aktiviti
Ruang belajar
Langkah-Langkah Pelaksanaan
Permulaan Aktiviti

Set Induksi
( 5 minit )
1.    Memberi dan menjawab salam.
2.    Pendidik meminta kanak-kanak menyanyikan lagu A B C bersama-sama.
3.    Pendidik mengimbas kembali pelajaran lepas dengan menyebut huruf-huruf yang telah dipelajari.
Kandungan Aktiviti

Perkembangan Aktiviti
( 30 minit )
1.    Pendidik memperkenalkan huruf X kepada kanak-kanak.
2.    Pendidik menulis huruf X pada papan putih dan menunjukkan cara-cara menulis huruf X kepada kanak-kanak.
3.    Pendidik memperkenalkan bunyi huruf X kepada kanak-kanak.
4.    Pendidik meminta kanak-kanak membunyikan huruf X.
5.    Pendidik memberi penerangan aktiviti kepada kanak-kanak dan menunjukkan contoh membuat capan huruf X.
6.    Pendidik mengedarkan lembaran kerja dan putik kapas kepada setiap kanak-kanak.
7.    Pendidik juga mengagihkan warna air yang telah dibancuh secara berkumpulan.
8.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk membuat capan huruf X dengan menggunakan putik kapas.
9.    Pendidik membimbing kanak-kanak membuat capan menggunakan putik kapas.
Penutup
( 5 minit )
1.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dan menghantar hasil kerja menandakan masa aktiviti telah tamat.
2.    Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3.    Kanak-kanak akan menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.
4.    Kanak-kanak akan mengucapkan terima kasih kepada pendidik.
Perhatian

1.    Pendidik memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan tidak berbahaya.
2.    Pendidik memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
3.    Pendidik memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.

REFLEKSI :

LAMPIRAN :




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...