Ogos 08, 2019

RPA : Aktiviti Mengenal Pengangkutan Darat


Rancangan Pelaksanaan Aktiviti

Tarikh / Hari
 15 Julai 2019 / Isnin
Masa
9.40 – 10.20 pagi ( 40 minit)
Umur
4 tahun
Bil Kanak-Kanak
12 orang
Tema
 Pengangkutan darat
Tajuk Aktiviti
Aktiviti mengenal pengangkutan darat
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak-kanak telah mengenali beberapa jenis kenderaan
Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :
1.    Menyebut nama-nama jenis kenderaan darat yang ditunjukkan oleh pendidik dengan betul.
2.    Menyenaraikan aspek keselamatan semasa menaiki kenderaan darat.
Senarai Bahan / Alat
Kad imbas kenderaan darat
Ruang Aktiviti
Ruang belajar dan Ruang persekitaran taska
Langkah-Langkah Pelaksanaan
Permulaan Aktiviti

Set Induksi

1.    Pendidik memberi salam dan kanak-kanak menjawab salam.
2.    Pendidik bersoal jawab dengan kanak-kanak dan meminta kanak-kanak membuat aktiviti energizer.
Kandungan Aktiviti

Perkembangan Aktiviti

1.    Pendidik menunjukkan kad imbas kenderaan darat kepada kanak-kanak.
2.    Pendidik memperkenalkan kenderaan-kenderaan darat kepada kanak-kanak.
3.    Pendidik menunjukkan gambar kenderaan dan meminta kanak-kanak meneka atau menyebutkan nama kenderaan tersebut.
4.    Pendidik meminta kanak-kanak membuat bunyi kenderaan yang ditunjukkan oleh pendidik.
5.    Pendidik menjelaskan aspek-aspek keselamatan semasa menaiki kenderaan.
6.    Pendidik meminta kanak-kanak membuat barisan dan bergerak ke kawasan luar taska.
7.    Pendidik meminta kanak-kanak menyebutkan nama-nama kenderaan dan keselamatan semasa menaiki kenderaan yang dilihat di kawasan persekitaran taska.
Penutup

1.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dengan tenang dan selesa menandakan masa aktiviti telah tamat.
2.    Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3.    Kanak-kanak akan menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.
4.    Kanak-kanak akan mengucapkan terima kasih kepada pendidik.
Perhatian

1.    Pendidik memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan tidak berbahaya.
2.    Pendidik memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
3.    Pendidik memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.


REFLEKSI :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...