Rancangan Pelaksanaan
Aktiviti
Tarikh
/ Hari
|
22 Julai 2019 / Isnin
|
Masa
|
10.20 – 11.00 pagi ( 40
minit )
|
Umur
|
4 tahun
|
Bil.
Kanak-Kanak
|
12 orang
|
Tema
|
Alam bahan
|
Tajuk
Aktiviti
|
Aktiviti melompat,
berlari dan merangkak
|
Bidang
Pembelajaran Fokus
|
Perkembangan fizikal dan
psikomotor
|
Pengetahuan
Sedia Ada
|
Kanak-kanak boleh
melakukan aktiviti lokomotor
|
Hasil
Pembelajaran
|
Di akhir pembelajaran ini,
kanak-kanak dapat :
1. Melompat menaiki
kuda mainan dengan baik.
2. Berlari ke arah kon
yang disediakan dengan baik.
3. Merangkak ke
dalam terowong dengan baik.
|
Senarai
Bahan / Alat
|
Kon, gelung, kuda
mainan, terowong
|
Ruang
Aktiviti
|
Ruang aktiviti bebas
|
Langkah-Langkah Pelaksanaan
|
|
Permulaan
Aktiviti
Set
Induksi
(
5 minit )
|
1. Pendidik memberi
salam dan kanak-kanak menjawab salam.
2. Pendidik
menyediakan alatan yang akan digunakan.
3. Pendidik meminta
kanak-kanak membuat aktiviti regangan.
|
Kandungan
Aktiviti
Perkembangan
Aktiviti
(
30 minit )
|
1. Pendidik memberi
penerangan aktiviti kepada kanak-kanak.
2. Pendidik menunjukkan contoh aktiviti kepada
kanak-kanak.
3. Pendidik memilih
seorang kanak-kanak mengikut giliran untuk menjalankan aktiviti.
4. Pendidik meminta
kanak-kanak melompat menaiki kuda mainan ke arah kon yang ditetapkan.
5. Pendidik meminta
kanak-kanak meninggalkan kuda mainan tersebut pada kon yang mereka berhenti
dan berlari ke arah kon yang seterusnya.
6. Pendidik meminta
kanak-kanak merangkak masuk ke dalam terowong.
7. Akhir sekali,
pendidik meminta kanak-kanak melompat ke dalam kon sebagai garisan penamat
aktiviti.
|
Penutup
(
5 minit )
|
1. Pendidik meminta
kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dan melakukan aktiviti
regangan menandakan masa aktiviti telah tamat.
2. Pendidik bertanya
kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3. Kanak-kanak akan
menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.
4. Kanak-kanak akan
mengucapkan terima kasih kepada pendidik.
|
Perhatian
|
1. Pendidik
memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti
dijalankan tidak berbahaya.
2. Pendidik
memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan
selepas menjalankan aktiviti.
3. Pendidik
memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.
|
REFLEKSI :