Ogos 08, 2019

RPA : Aktiviti Mengenal Yatch ( Y is for Yatch)


Rancangan Pelaksanaan Aktiviti

Tarikh / Hari
23 Julai 2019 / Selasa
Masa
9.00 – 9.40 pagi ( 40 minit )
Umur
4 tahun
Bilangan Kanak-Kanak
12 orang kanak-kanak
Tema
 Haiwan
Tajuk Aktiviti
Aktiviti mengenal Yatch
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak-kanak telah mengenali huruf Y
Hasil Pembelajaran

Di akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :
1.    Menyebut ‘Y for Yatch’  ( kapal layar ) dengan baik.
2.    Mewarnakan gambar kapal layar menggunakan pensel warna.

Senarai Bahan / Alat
Lembaran kerja Yatch, pensel warna
Ruang Aktiviti
Ruang belajar
Langkah-Langkah Pelaksanaan
Permulaan Aktiviti

Set Induksi
1.    Memberi dan menjawab salam.
2.    Pendidik mengimbas kembali pembelajaran lepas yang telah dipelajari dengan menyebut huruf Y.
Kandungan Aktiviti

Perkembangan Aktiviti

1.    Pendidik menulis ‘Y for Yatch’ pada papan putih.
2.    Pendidik menyebut ‘Y for Yatch’  dan meminta kanak-kanak untuk mengikut pendidik menyebutnya.
3.    Pendidik menjelaskan mengenai serba sedikit mengenai kapal layar tersebut.
4.    Pendidik menunjukkan gambar kapal layar kepada kanak-kanak.
5.    Pendidik mengedarkan lembaran kerja mewarna dan pensel warna kepada kanak-kanak.
6.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk mewarnakan gambar kapal layar tersebut.
Penutup
1.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dan menghantar hasil kerja mereka menandakan masa aktiviti telah tamat.
2.    Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3.    Kanak-kanak akan menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.
4.    Kanak-kanak akan mengucapkan terima kasih kepada pendidik.
Perhatian

1.    Pendidik memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan tidak berbahaya.
2.    Pendidik memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
3.    Pendidik memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.

REFLEKSI : 

LAMPIRAN :


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...