Ogos 08, 2019

RPA : Aktiviti Melompat, Berlari & Merangkak


Rancangan Pelaksanaan Aktiviti

Tarikh / Hari
 22 Julai 2019 / Isnin
Masa
10.20 – 11.00 pagi ( 40 minit )
Umur
4 tahun
Bil. Kanak-Kanak
12 orang
Tema
 Alam bahan
Tajuk Aktiviti
Aktiviti melompat, berlari dan merangkak
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan fizikal dan psikomotor
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak-kanak boleh melakukan aktiviti lokomotor
Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :
1.    Melompat menaiki kuda mainan dengan baik.
2.    Berlari ke arah kon yang disediakan dengan baik.
3.    Merangkak ke dalam terowong dengan baik.
Senarai Bahan / Alat
Kon, gelung, kuda mainan, terowong
Ruang Aktiviti
Ruang aktiviti bebas
Langkah-Langkah Pelaksanaan
Permulaan Aktiviti

Set Induksi
( 5 minit )

1.    Pendidik memberi salam dan kanak-kanak menjawab salam.
2.    Pendidik menyediakan alatan yang akan digunakan.
3.    Pendidik meminta kanak-kanak membuat aktiviti regangan.
Kandungan Aktiviti

Perkembangan Aktiviti
( 30 minit )

1.    Pendidik memberi penerangan aktiviti kepada kanak-kanak.
2.    Pendidik  menunjukkan contoh aktiviti kepada kanak-kanak.
3.    Pendidik memilih seorang kanak-kanak mengikut giliran untuk menjalankan aktiviti.
4.    Pendidik meminta kanak-kanak melompat menaiki kuda mainan ke arah kon yang ditetapkan.
5.    Pendidik meminta kanak-kanak meninggalkan kuda mainan tersebut pada kon yang mereka berhenti dan berlari ke arah kon yang seterusnya.
6.    Pendidik meminta kanak-kanak merangkak masuk ke dalam terowong.
7.    Akhir sekali, pendidik meminta kanak-kanak melompat ke dalam kon sebagai garisan penamat aktiviti.
Penutup
( 5 minit )
1.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dan melakukan aktiviti regangan menandakan masa aktiviti telah tamat.
2.    Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3.    Kanak-kanak akan menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.
4.    Kanak-kanak akan mengucapkan terima kasih kepada pendidik.
Perhatian

1.    Pendidik memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan tidak berbahaya.
2.    Pendidik memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
3.    Pendidik memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.

REFLEKSI : 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...