Ogos 15, 2019

RPA : Timbul & Tenggelam



Rancangan Pelaksanaan Aktiviti

Tarikh/Hari
7 Ogos 2019 (Rabu)
Masa
9.40 pagi – 10.20 pagi
Umur
4 Tahun
Bilangan kanak-kanak
12 orang
Tema
Dunia Persekitaran
Tajuk Aktiviti
Timbul dan Tenggelam
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan Deria dan Dunia Persekitaran
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak-kanak pernah melakukan aktiviti timbul dan tenggelam tetapi tidak memahami aktiviti sepenuhnya.
Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
1)      Memahami konsep ketumpatan (timbul/tenggelam).
2)      Meningkatkan pengetahuan tentang objek yang timbul atas air dan tenggelam dalam air.
3)      Mengelas objek mengikut ketumpatan (timbul/tenggelam menggunakan simbol mudah.
4)      Menggunakan deria dalam aktiviti sains iaitu melihat, menyentuh, dan mendengar.

Senarai Bahan/Alat
Besen berisi air, objek pelbagai
Ruang Aktiviti
Ruang Manipulatif
Langkah-langkah Pelaksanaan
Permulaan Aktiviti
Set Induksi
(5 Minit)

1)      Pendidik memberi salam dan menceritakan tentang konsep ketumpatan timbul dan tenggelam.
2)      Pendidik menunjukkan besen berisi air dan menjelaskan timbul itu adalah apabila objek berada di permukaan air, dan tenggelam itu adalah apabila objek berada di dalam air.

Kandungan Aktiviti
Perkembangan Aktiviti
(30  Minit)

1)      Pendidik menunjukkan contoh melakukan aktiviti dengan memasukkan satu objek secara rawak dan menyebut keadaan objek sama ada timbul atau tenggelam.
2)      Pendidik memberikan setiap persatu kanak-kanak lembaran kertas kerja dan memberi arahan mudah untuk menandakan ‘X’ (timbul) dan ‘O’ (tenggelam).
3)      Kanak-kanak melaksanakan aktiviti dengan bimbingan pendidik.
4)      Pendidik memberikan pujian dan tepukan apabila kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti dengan baik.

Penutup
(5 Minit)

1)      Pendidik merumuskan semula aktiviti yang telah dilaksanakan.
2)      Mengemas bahan dan alatan yang digunakan.
Perhatian
1)      Kanak-kanak harus berada dalam keadaan yang sihat sebelum menjalankan aktiviti.
2)      Pendidik harus memastikan ruang aktiviti dan peralatan yang digunakan berada dalam keadaan selamat untuk digunakan kepada kanak-kanak.
3)      Pendidik harus memastikan ruang aktiviti sentiasa berada dalam keadaan bersih dan bebas daripada kuman sebelum menjalankan aktiviti.
Refleksi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...