Ogos 08, 2019

RPA : Aktiviti Mengelaskan Pengangkutan Air & Pengangkutan Darat






Rancangan Pelaksanaan Aktiviti


Tarikh / Hari

 23 Julai 2019 / Selasa
Masa

9.40 – 10.20 pagi ( 40 minit )
Umur

4 tahun
Bilangan Kanak-Kanak

12 orang
Tema

 Pengangkutan
Tajuk Aktiviti

Aktiviti mengelaskan kenderaan air dan kenderaan darat
Bidang Pembelajaran Fokus

Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran
Pengetahuan Sedia Ada

Kanak-kanak telah mengenali beberapa jenis kenderaan air dan darat
Hasil Pembelajaran

Di akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :
1.    Menyebut dan membezakan kenderaan air dan kenderaan darat dengan betul.
2.    Mengelaskan kenderaan darat dan kenderaan air pada ruang yang betul.
Senarai Bahan / Alat

puzzle jalan raya, bekas berisi air, model kenderaan darat dan kenderaan air
Ruang Aktiviti

Ruang belajar
Langkah-Langkah Pelaksanaan

Permulaan Aktiviti

Set Induksi
( 5 minit )

1.    Pendidik memberi salam dan kanak-kanak menjawab salam.
2.    Pendidik menyediakan bahan dan peralatan yang akan digunakan.
3.    Pendidik menunjukkan peralatan yang digunakan dan meminta kanak-kanak meneka aktiviti yang akan dijalankan.
Kandungan Aktiviti

Perkembangan Aktiviti
( 30 minit )

1.    Pendidik memperkenalkan peralatan yang digunakan iaitu puzzle jalan raya, bekas berisi air dan model kenderaan.
2.    Pendidik meminta kanak-kanak sebutkan nama-nama kenderaan yang ditunjukkan oleh pendidik secara rawak.
3.    Pendidik memberi penerangan dan menunjukkan contoh aktiviti yang akan dijalankan kepada kanak-kanak.
4.    Pendidik memilih seorang kanak-kanak ke hadapan mengikut giliran untuk melakukan aktiviti.
5.    Pendidik meminta kanak-kanak mengelaskan kenderaan darat dan kenderaan air dengan meletakkan kenderaan darat di atas puzzle jalan raya dan meletakkan kenderaan air ke dalam bekas yang berisi air.
6.    Pendidik juga meminta kanak-kanak untuk menyebut nama kenderaan sebelum mengelaskannya di tempat yang betul.
Penutup
( 5 minit )
1.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dengan tenang dan selesa menandakan masa aktiviti telah tamat.
2.    Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3.    Kanak-kanak akan menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.
4.    Kanak-kanak akan mengucapkan terima kasih kepada pendidik.
Perhatian

1.    Pendidik memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan tidak berbahaya.
2.    Pendidik memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
3.    Pendidik memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.


REFLEKSI :



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...