Rancangan Pelaksanaan
Aktiviti
| 
Tarikh/Hari | 
30 Julai 2019 (Selasa) | 
| 
Masa | 
9.40 pagi – 10.20
  pagi | 
| 
Umur | 
2 Tahun | 
| 
Bilangan kanak-kanak | 
10 orang | 
| 
Tema  | 
Bebas | 
| 
Tajuk Aktviti | 
Bentuk dan Warna | 
| 
Bidang Pembelajaran Fokus | 
Perkembangan Kreativiti
  dan Estetika  | 
| 
Pengetahuan Sedia Ada | 
Kanak-kanak
  mengenali beberapa jenis warna. | 
| 
Hasil Pembelajaran | 
Di akhir
  pembelajaran, kanak-kanak dapat: 
1)     
  Mengenali bentuk dan warna. 
2)     
  Mengenali bentuk-bentuk asas
  (bulat, segi empat sama, tiga segi). | 
| 
Senarai Bahan/Alat | 
Shape & Colour
  set | 
| 
Ruang Aktiviti | 
Ruang Manipulatif | 
| 
Langkah-langkah Pelaksanaan | |
| 
Permulaan Aktiviti 
Set Induksi 
(5 Minit) | 
1)     
  Pendidik menunjukkan
  kanak-kanak bahan dan menyebut satu persatu bentuk sambil menunjuk dengan
  jari. 
2)     
  Pendidik menunjukkan bentuk
  yang sama dan kumpulan warna yang berbeza. 
3)     
  Pendidik menunjukkan cara
  meletakkan bentuk yang sama dan kemudian warna yang sama. | 
| 
Kandungan Aktiviti 
Perkembangan Aktiviti 
(30 
  Minit) | 
1)     
  Kanak-kanak dikumpulkan di
  ruangan manipulatif/kelas dan dipanggil secara bergilir untuk melakukan
  aktiviti. 
2)     
  Kanak-kanak melaksanakan
  aktiviti dengan bimbingan pendidik. 
3)     
  Pendidik memberikan pujian dan
  tepukan apabila kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti dengan baik. | 
| 
Penutup 
(5 Minit) | 
1)     
  Pendidik mengemas bahan sambil
  menyebut nama bentuk dan warna bersama kanak-kanak. | 
| 
Perhatian | 
1)     
  Kanak-kanak harus berada dalam
  keadaan yang sihat sebelum menjalankan aktiviti. 
2)     
  Pendidik harus memastikan
  ruang aktiviti dan peralatan yang digunakan berada dalam keadaan selamat
  untuk digunakan kepada kanak-kanak. 
3)     
  Pendidik harus memastikan
  ruang aktiviti sentiasa berada dalam keadaan bersih dan bebas daripada kuman
  sebelum menjalankan aktiviti. | 
| 
Refleksi | |

 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan