Ogos 15, 2019

RPA : Aktiviti membuat bot di dalam air.




RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

Tarikh/hari
7 Ogos / Rabu
Masa
9.40 pagi- 10.20 pagi
Umur
4 Tahun
Bilangan murid
12 orang
Tema
Pengangkutan Awam
Tajuk
Aktiviti membuat bot di dalam air.
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan kreativiti dan estetika.
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak-kanak telah mengenalpasti jenis-jenis kenderaan awam.

Objektif
Kanak-kanak dapat mengenal bot dengan aktiviti kreatif.
Senarai bahan/alat
Botol air mineral, air, bekas, straw, gam dan polistrin.
Ruang aktiviti
Ruang pembelajaran.

Set induksi
  1. Pendidik bertanya khabar dengan kanak-kanak.
  2. Pendidik bercerita mengenai pengangkutan di darat, air dan udara.
Permulaan aktiviti



  1. Pendidik memberi salam dan membaca doa.
  2. Pendidik memberi penerangan dan menunjukkan Flash Card gambar pengangkutan awam iaitu bot.
  3. Pendidik menunjukkan bahan-bahan untuk membuat bot kepada kanak-kanak.
  4. Pendidik mula membuat kraf bot bersama kanak-kanak dan diletakkan ke dalam bekas berisi air.
  5. Pendidik membuat rumusan pembelajaran bersama kanak-kanak.
Penutup
  1. Pendidik memuji kanak-kanak setelah menyelesaikan aktiviti.
  2. Pendidik mengulang kembali aktiviti yang dilakukan bersama kanak-kanak tentang apa yang telah dipelajari.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...