Ogos 15, 2019

RPA : Teka Saiz dan Tepuk (Besar/Kecil)




Rancangan Pelaksanaan Aktiviti


Tarikh/Hari
6 Ogos 2019 (Selasa)
Masa
9.00 pagi – 9.30 pagi
Umur
2 Tahun
Bilangan kanak-kanak
10 orang
Tema
Bebas
Tajuk Aktviti
Teka Saiz dan Tepuk (Besar/Kecil)
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan Deria dan Dunia Persekitaran
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak-kanak boleh menggunakan deria sentuhan.
Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
1)      Menguatkan kemahiran motor halus (jari/tangan).
2)      Meningkatkan pengetahuan tentang saiz (besar/kecil).
3)      Membezakan objek mengikut saiz yang sama.

Senarai Bahan/Alat
Buku besar, buku kecil, raket lalat plastik
Ruang Aktiviti
Ruang Manipulatif
Langkah-langkah Pelaksanaan
Permulaan Aktiviti
Set Induksi
(5 Minit)

1)      Pendidik menyusun bahan dan menunjukkan kanak-kanak dua jenis saiz buku (besar/kecil) daan juga menyebut “buku besar”, “buku kecil”, dan mengulang semula dengan menyebut “besar/kecil”.
2)      Pendidik memberikan contoh melakukan aktiviti menyebut besar dan menepuk buku besar, menyebut kecil dan menepuk buku kecil.
3)      Pendidik mengulang demonstrasi sebanyak dua kali.

Kandungan Aktiviti
Perkembangan Aktiviti
(30  Minit)

1)      Kanak-kanak dikumpulkan di ruangan manipulatif/kelas untuk melakukan aktiviti secara individu/bergilir.
2)      Kanak-kanak melaksanakan aktiviti dengan bimbingan pendidik, penddidik menyebut Besar/Kecil.
3)      Pendidik memberikan pujian dan tepukan apabila kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti dengan baik.

Penutup
(5 Minit)

1)      Pendidik menyebut semula saiz buku kepada kanak-kanak  (besar/kecil), mengemas peralatan bersama-sama.
Perhatian
1)      Kanak-kanak harus berada dalam keadaan yang sihat sebelum menjalankan aktiviti.
2)      Pendidik harus memastikan ruang aktiviti dan peralatan yang digunakan berada dalam keadaan selamat untuk digunakan kepada kanak-kanak.
3)      Pendidik harus memastikan ruang aktiviti sentiasa berada dalam keadaan bersih dan bebas daripada kuman sebelum menjalankan aktiviti.
Refleksi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...