Ogos 15, 2019

RPA : Aktiviti memadankan gambar dengan warna




Rancangan Pengajaran Aktiviti

Tarikh/Hari
29 Julai 2019/Isnin
Masa
9.00 – 9.40 pagi (40 minit)
Umur
2 Tahun
Bilangan Kanak-kanak
10 orang
Tema
Warna
Tajuk Aktiviti
Aktiviti memadankan gambar dengan warna
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan deria dan dunia persekitaran
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak – kanak boleh menyebut beberapa warna asas
Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :
1.      Mengenal dan mengecam padanan warna yang sama
2.      Memadankan gambar pada warna stick icecream yang betul dengan bimbingan pendidik
Senarai Bahan/Alat
Kadboard, stick icecream berwarna, gambar berwarna
Ruang Aktiviti
Ruang manipulatif
Langkah – langkah pelaksanaan
Permulaan Aktiviti
- Set Induksi
1.      Pendidik memberi salam dan kanak-kanak menjawab salam.
2.      Pendidik bermesra sambil bertanya mengenai warna-warna asas.
3.      Pendidik menarik perhatian dengan menunjukkan pelbagai jenis gambar berwarna

Kandungan Aktiviti
- Perkembangan Aktiviti
1.      Pendidik memulakan aktiviti dengan bertanya 1 per  1 mengenai gambar berwarna.
2.      Pendidik menunjukkan contoh cara-cara untuk memadankan gambar pada stick icecream.
3.      Pendidik memanggil seorang kanak-kanak secara bergilir-gilir untuk memadankan gambar mengikut warna pada stick icecream dengan bimbingan.

Penutup
1.      Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dengan tenang dan selesa menandakan masa aktiviti telah tamat.
2.      Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3.      Kanak-kanak akan menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.

Perhatian
1.      Pendidik memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan tidak berbahaya.
2.      Pendidik memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
3.      Pendidik memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.
4.      Pendidik memastikan kanak-kanak selesa dan seronok semasa membuat aktiviti.


Releksi :

RPA : Bentuk dan Warna




Rancangan Pelaksanaan Aktiviti

Tarikh/Hari
30 Julai 2019 (Selasa)
Masa
9.40 pagi – 10.20 pagi
Umur
2 Tahun
Bilangan kanak-kanak
10 orang
Tema
Bebas
Tajuk Aktviti
Bentuk dan Warna
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan Kreativiti dan Estetika
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak-kanak mengenali beberapa jenis warna.
Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
1)      Mengenali bentuk dan warna.
2)      Mengenali bentuk-bentuk asas (bulat, segi empat sama, tiga segi).

Senarai Bahan/Alat
Shape & Colour set
Ruang Aktiviti
Ruang Manipulatif
Langkah-langkah Pelaksanaan
Permulaan Aktiviti
Set Induksi
(5 Minit)

1)      Pendidik menunjukkan kanak-kanak bahan dan menyebut satu persatu bentuk sambil menunjuk dengan jari.
2)      Pendidik menunjukkan bentuk yang sama dan kumpulan warna yang berbeza.
3)      Pendidik menunjukkan cara meletakkan bentuk yang sama dan kemudian warna yang sama.

Kandungan Aktiviti
Perkembangan Aktiviti
(30  Minit)

1)      Kanak-kanak dikumpulkan di ruangan manipulatif/kelas dan dipanggil secara bergilir untuk melakukan aktiviti.
2)      Kanak-kanak melaksanakan aktiviti dengan bimbingan pendidik.
3)      Pendidik memberikan pujian dan tepukan apabila kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti dengan baik.

Penutup
(5 Minit)

1)      Pendidik mengemas bahan sambil menyebut nama bentuk dan warna bersama kanak-kanak.
Perhatian
1)      Kanak-kanak harus berada dalam keadaan yang sihat sebelum menjalankan aktiviti.
2)      Pendidik harus memastikan ruang aktiviti dan peralatan yang digunakan berada dalam keadaan selamat untuk digunakan kepada kanak-kanak.
3)      Pendidik harus memastikan ruang aktiviti sentiasa berada dalam keadaan bersih dan bebas daripada kuman sebelum menjalankan aktiviti.
Refleksi





RPA : Mari Mengenal Saiz




Rancangan Pelaksanaan Aktiviti

Tarikh/Hari
2 Ogos 2019 (Jumaat)
Masa
9.00 pagi – 9.30 pagi
Umur
2 Tahun
Bilangan kanak-kanak
10 orang
Tema
Bebas
Tajuk Aktviti
Mari Mengenal Saiz
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan Deria dan Dunia Persekitaran
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak-kanak boleh menggunakan deria sentuhan.
Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
1)      Menguatkan kemahiran motor halus (jari/tangan).
2)      Meningkatkan pengetahuan tentang saiz (besar/kecil).
3)      Membezakan objek mengikut saiz yang sama.

Senarai Bahan/Alat
Bola besar, bola kecil, dua bakul
Ruang Aktiviti
Ruang Manipulatif
Langkah-langkah Pelaksanaan
Permulaan Aktiviti
Set Induksi
(5 Minit)

1)      Pendidik menyusun bahan dan menunjukkan kanak-kanak dua jenis bola (besar/kecil) daan juga menyebut “bola besar”, “bola kecil”.
2)      Pendidik memberikan contoh melakukan aktiviti memasukkan dua saiz bola berbeza tersebut ke dalam dua bakul yang berasingan.
3)      Pendidik menunjukkan contoh melakukan aktiviti.

Kandungan Aktiviti
Perkembangan Aktiviti
(30  Minit)

1)      Kanak-kanak dikumpulkan di ruangan manipulatif/kelas untuk melakukan aktiviti secara individu/bergilir.
2)      Kanak-kanak melaksanakan aktiviti dengan bimbingan pendidik.
3)      Pendidik memberikan pujian dan tepukan apabila kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti dengan baik.

Penutup
(5 Minit)

1)      Pendidik menyebut semula saiz bola kepada kanak-kanak  (besar/kecil), meengemas peralatan.
Perhatian
1)      Kanak-kanak harus berada dalam keadaan yang sihat sebelum menjalankan aktiviti.
2)      Pendidik harus memastikan ruang aktiviti dan peralatan yang digunakan berada dalam keadaan selamat untuk digunakan kepada kanak-kanak.
3)      Pendidik harus memastikan ruang aktiviti sentiasa berada dalam keadaan bersih dan bebas daripada kuman sebelum menjalankan aktiviti.
Refleksi




Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...