Ogos 15, 2019

RPA : Aktiviti memadankan gambar dengan warna




Rancangan Pengajaran Aktiviti

Tarikh/Hari
29 Julai 2019/Isnin
Masa
9.00 – 9.40 pagi (40 minit)
Umur
2 Tahun
Bilangan Kanak-kanak
10 orang
Tema
Warna
Tajuk Aktiviti
Aktiviti memadankan gambar dengan warna
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan deria dan dunia persekitaran
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak – kanak boleh menyebut beberapa warna asas
Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :
1.      Mengenal dan mengecam padanan warna yang sama
2.      Memadankan gambar pada warna stick icecream yang betul dengan bimbingan pendidik
Senarai Bahan/Alat
Kadboard, stick icecream berwarna, gambar berwarna
Ruang Aktiviti
Ruang manipulatif
Langkah – langkah pelaksanaan
Permulaan Aktiviti
- Set Induksi
1.      Pendidik memberi salam dan kanak-kanak menjawab salam.
2.      Pendidik bermesra sambil bertanya mengenai warna-warna asas.
3.      Pendidik menarik perhatian dengan menunjukkan pelbagai jenis gambar berwarna

Kandungan Aktiviti
- Perkembangan Aktiviti
1.      Pendidik memulakan aktiviti dengan bertanya 1 per  1 mengenai gambar berwarna.
2.      Pendidik menunjukkan contoh cara-cara untuk memadankan gambar pada stick icecream.
3.      Pendidik memanggil seorang kanak-kanak secara bergilir-gilir untuk memadankan gambar mengikut warna pada stick icecream dengan bimbingan.

Penutup
1.      Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dengan tenang dan selesa menandakan masa aktiviti telah tamat.
2.      Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3.      Kanak-kanak akan menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.

Perhatian
1.      Pendidik memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan tidak berbahaya.
2.      Pendidik memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
3.      Pendidik memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.
4.      Pendidik memastikan kanak-kanak selesa dan seronok semasa membuat aktiviti.


Releksi :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...