Ogos 08, 2019

RPA : Aktiviti Mengenal Haiwan Liar



Rancangan Pelaksanaan Aktiviti

Tarikh / Hari
8 Julai 2019 / Isnin
Masa
9.40 - 10.20 pagi ( 40 minit )
Umur
3 tahun
Bil Kanak-Kanak
12 orang
Tema
 Haiwan Liar
Tajuk Aktiviti
Aktiviti mengenal haiwan liar
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan deria dan dunia persekitaran
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak-kanak telah mengenali beberapa jenis haiwan.
Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :
1.    Mengenal dan menyebut nama-nama haiwan liar dengan baik.
2.    Membunyikan bunyi haiwan dan membuat pergerakan haiwan liar.


Senarai Bahan / Alat
Kad imbas haiwan liar
Ruang Aktiviti
Ruang belajar
Langkah-Langkah Pelaksanaan
Permulaan Aktiviti

Set Induksi
( 10 minit )
1.    Memberi dan menjawab salam.
2.    Pendidik mengimbas kembali pembelajaran lepas dengan menyebut nama-nama haiwan yang telah mereka pelajari.
3.    Pendidik meminta kanak-kanak menyanyikan lagu ‘Haiwan dalam bulatan’ bersama-sama.
Kandungan Aktiviti

Perkembangan Aktiviti
( 25 minit )
1.    Pendidik menunjukkan kad imbas haiwan kepada kanak-kanak.
2.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk meneka nama haiwan yang ditunjukkan oleh pendidik.
3.    Pendidik menunjukkan gambar dan memperkenalkan nama-nama haiwan liar.
4.    Pendidik juga menunjukkan gambar dan video sebenar haiwan liar kepada kanak-kanak.
5.    Pendidik memilih beberapa orang kanak- kanak ke hadapan dan meminta kanak-kanak tersebut membuat bunyi atau pergerakan haiwan liar yang disebut oleh pendidik.
Penutup
( 5 minit )
1.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dengan tenang dan selesa menandakan masa aktiviti telah tamat.
2.    Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3.    Kanak-kanak akan menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.
4.    Kanak-kanak akan mengucapkan terima kasih kepada pendidik.
Perhatian

1.    Pendidik memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan tidak berbahaya.
2.    Pendidik memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
3.    Pendidik memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.

REFLEKSI :


RPA : Aktiviti Mengenal Whale ( W for Whale)


Rancangan Pelaksanaan Aktiviti

Tarikh / Hari
 9 Julai 2019 / Selasa
Masa
9.40 – 10.20 pagi (40 minit)
Umur
3 tahun
Bil Kanak-Kanak
12 orang
Tema
Haiwan 
Tajuk Aktiviti
Aktiviti mengenal ‘whale’ ( ikan paus)
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak-kanak telah mengenali huruf W.
Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :
1.    Mengenal dan menyebut ‘W for Whale’ dengan baik.
2.    Mewarnakan gambar ikan paus menggunakan pensel warna.

Senarai Bahan / Alat
Lembaran kerja gambar Whale, pensel warna dan laptop.
Ruang Aktiviti
Ruang belajar
Langkah-Langkah Pelaksanaan
Permulaan Aktiviti

Set Induksi
( 5 minit )
1.    Memberi dan menjawab salam.
2.    Pendidik meminta kanak-kanak menyanyikan lagu ABC.
3.    Pendidik mengimbas kembali huruf W yang telah dipelajari oleh kanak-kanak.
Kandungan Aktiviti

Perkembangan Aktiviti
( 30 minit )
1.    Pendidik menulis ‘W for Whale’ pada papan putih.
2.    Pendidik meminta kanak-kanak mengikut pendidik menyebut ‘W for Whale’ bersama-sama.
3.    Pendidik memperkenalkan whale adalah ikan paus.
4.    Pendidik menunjukkan video habitat ikan paus kepada kanak-kanak dan memberi penerangan kepada kanak-kanak.
5.    Pendidik mengedarkan lembaran kerja dan pensel warna kepada kanak-kanak.
6.    Pendidik meminta kanak-kanak mewarnakan gambar ikan paus.
Penutup
( 5 minit )
1.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dan menghantar hasil kerja mereka menandakan masa aktiviti telah tamat.
2.    Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3.    Kanak-kanak akan menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.
4.    Kanak-kanak akan mengucapkan terima kasih kepada pendidik.
Perhatian

1.    Pendidik memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan tidak berbahaya.
2.    Pendidik memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
3.    Pendidik memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.

REFLEKSI :

LAMPIRAN :











RPA : Aktiviti Meneka Haiwan Dalam Kotak (Kotak Misteri)


Rancangan Pelaksanaan Aktiviti

Tarikh / Hari
 9 Julai 2019 / Selasa
Masa
10.20 – 11.00 pagi ( 40 minit )
Umur
3 tahun
Bil Kanak-Kanak
12 orang
Tema
 Haiwan liar
Tajuk Aktiviti
Aktiviti meneka haiwan dalam kotak
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan deria dan dunia persekitaran
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak-kanak telah mengenali beberapa haiwan liar.
Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :
1.    Mengenal dan menyebut nama-nama haiwan liar.
2.    Meneka nama haiwan di dalam kotak misteri dan membuat gaya atau bunyi haiwan tersebut.

Senarai Bahan / Alat
Kotak misteri dan model haiwan liar
Ruang Aktiviti
Ruang belajar
Langkah-Langkah Pelaksanaan
Permulaan Aktiviti

Set Induksi
( 10 minit )
1.    Memberi dan menjawab salam.
2.    Pendidik mengimbas kembali pembelajaran lepas dengan menunjukkan video lagu haiwan.
Kandungan Aktiviti

Perkembangan Aktiviti
(25 minit)
1.    Pendidik memperkenalkan beberapa haiwan liar kepada kanak-kanak seperti harimau, singa, ular, zebra, harimau dan gajah.
2.    Pendidik menunjukkan kotak misteri kepada kanak-kanak.
3.    Pendidik bertanya kepada kanak-kanak:
·         Apakah yang ada di dalam kotak misteri ini?
4.    Murid-murid cuba meneka apa yang terdapat di dalam kotak misteri tersebut.
5.    Pendidik memilih beberapa orang kanak-kanak ke depan untuk mengambil seekor model haiwan di dalam kotak misteri tersebut.
6.    Kanak-kanak tersebut diminta untuk meneka nama haiwan yang di ambil dan mengeluarkannya daripada kotak tersebut.
7.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk menunjukkan haiwan tersebut kepada rakan-rakan yang lain dan sebutkan nama haiwan tersebut dengan betul.
8.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk membuat pergerakan haiwan atau bunyi haiwan liar tersebut.
9.    Pendidik memberi pujian kepada kanak-kanak.
Penutup
(5 minit )
1.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dengan tenang dan selesa menandakan masa aktiviti telah tamat.
2.    Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3.    Kanak-kanak akan menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.
4.    Kanak-kanak akan mengucapkan terima kasih kepada pendidik.
Perhatian

1.    Pendidik memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan tidak berbahaya.
2.    Pendidik memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
3.    Pendidik memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.



REFLEKSI :


RPA : Aktiviti Memadankan Kulit Haiwan dengan Haiwannya




Rancangan Pelaksanaan Aktiviti

Tarikh / Hari
 10 Julai 2019 / Rabu
Masa
9.40 – 10.20 pagi ( 40 minit )
Umur
3 tahun
Bil Kanak-Kanak
12 orang
Tema
Haiwan liar
Tajuk Aktiviti
Aktiviti memadankan kulit haiwan dengan haiwannya
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak-kanak pernah melihat beberapa haiwan liar
Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :
1.    Memadankan kulit haiwan dengan haiwannya dengan betul.
2.    Menyebut nama haiwan berdasarkan gambar yang ditunjukkan oleh pendidik.
Senarai Bahan / Alat
kad imbas gambar haiwan dan kulit haiwan
Ruang Aktiviti
Ruang belajar
Langkah-Langkah Pelaksanaan
Permulaan Aktiviti

Set Induksi

1.    Pendidik memberi salam dan kanak-kanak menjawab salam.
2.    Pendidik memasangkan video lagu dan meminta kanak-kanak menyanyikan lagu ‘Animal in the jungle’.
Kandungan Aktiviti

Perkembangan Aktiviti

1.    Pendidik menujukkan gambar dan memperkenalkan haiwan-haiwan liar kepada kanak-kanak.
2.    Pendidik menampalkan gambar haiwan liar pada papan putih.
3.    Pendidik memilih seorang kanak-kanak secara bergilir-gilir dan meminta kanak-kanak tersebut memilih memadankan kulit haiwan dengan haiwan yang betul pada papan putih.
4.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk menyebut nama haiwan liar yang telah mereka padankan.
5.    Pendidik juga meminta kanak-kanak membuat bunyi dan membuat pergerakan haiwan tersebut.
Penutup

1.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dengan tenang dan selesa menandakan masa aktiviti telah tamat.
2.    Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3.    Kanak-kanak akan menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.
4.    Kanak-kanak akan mengucapkan terima kasih kepada pendidik.
Perhatian

1.    Pendidik memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan tidak berbahaya.
2.    Pendidik memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
3.    Pendidik memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.


REFLEKSI :


Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...