Ogos 08, 2019

RPA : Aktiviti Mengenal Whale ( W for Whale)


Rancangan Pelaksanaan Aktiviti

Tarikh / Hari
 9 Julai 2019 / Selasa
Masa
9.40 – 10.20 pagi (40 minit)
Umur
3 tahun
Bil Kanak-Kanak
12 orang
Tema
Haiwan 
Tajuk Aktiviti
Aktiviti mengenal ‘whale’ ( ikan paus)
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak-kanak telah mengenali huruf W.
Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :
1.    Mengenal dan menyebut ‘W for Whale’ dengan baik.
2.    Mewarnakan gambar ikan paus menggunakan pensel warna.

Senarai Bahan / Alat
Lembaran kerja gambar Whale, pensel warna dan laptop.
Ruang Aktiviti
Ruang belajar
Langkah-Langkah Pelaksanaan
Permulaan Aktiviti

Set Induksi
( 5 minit )
1.    Memberi dan menjawab salam.
2.    Pendidik meminta kanak-kanak menyanyikan lagu ABC.
3.    Pendidik mengimbas kembali huruf W yang telah dipelajari oleh kanak-kanak.
Kandungan Aktiviti

Perkembangan Aktiviti
( 30 minit )
1.    Pendidik menulis ‘W for Whale’ pada papan putih.
2.    Pendidik meminta kanak-kanak mengikut pendidik menyebut ‘W for Whale’ bersama-sama.
3.    Pendidik memperkenalkan whale adalah ikan paus.
4.    Pendidik menunjukkan video habitat ikan paus kepada kanak-kanak dan memberi penerangan kepada kanak-kanak.
5.    Pendidik mengedarkan lembaran kerja dan pensel warna kepada kanak-kanak.
6.    Pendidik meminta kanak-kanak mewarnakan gambar ikan paus.
Penutup
( 5 minit )
1.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dan menghantar hasil kerja mereka menandakan masa aktiviti telah tamat.
2.    Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3.    Kanak-kanak akan menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.
4.    Kanak-kanak akan mengucapkan terima kasih kepada pendidik.
Perhatian

1.    Pendidik memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan tidak berbahaya.
2.    Pendidik memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
3.    Pendidik memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.

REFLEKSI :

LAMPIRAN :











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...