Rancangan Pelaksanaan
Aktiviti
Tarikh
/ Hari
|
9 Julai 2019 / Selasa
|
Masa
|
10.20 – 11.00 pagi ( 40
minit )
|
Umur
|
3 tahun
|
Bil
Kanak-Kanak
|
12 orang
|
Tema
|
Haiwan liar
|
Tajuk
Aktiviti
|
Aktiviti meneka haiwan
dalam kotak
|
Bidang
Pembelajaran Fokus
|
Perkembangan deria dan
dunia persekitaran
|
Pengetahuan
Sedia Ada
|
Kanak-kanak telah
mengenali beberapa haiwan liar.
|
Hasil
Pembelajaran
|
Di akhir pembelajaran
ini, kanak-kanak dapat :
1. Mengenal dan
menyebut nama-nama haiwan liar.
2. Meneka nama
haiwan di dalam kotak misteri dan membuat gaya atau bunyi haiwan tersebut.
|
Senarai
Bahan / Alat
|
Kotak misteri dan model
haiwan liar
|
Ruang
Aktiviti
|
Ruang belajar
|
Langkah-Langkah Pelaksanaan
|
|
Permulaan
Aktiviti
Set
Induksi
(
10 minit )
|
1. Memberi dan
menjawab salam.
2. Pendidik
mengimbas kembali pembelajaran lepas dengan menunjukkan video lagu haiwan.
|
Kandungan
Aktiviti
Perkembangan
Aktiviti
(25
minit)
|
1. Pendidik
memperkenalkan beberapa haiwan liar kepada kanak-kanak seperti harimau,
singa, ular, zebra, harimau dan gajah.
2. Pendidik
menunjukkan kotak misteri kepada kanak-kanak.
3. Pendidik bertanya
kepada kanak-kanak:
·
Apakah yang ada di dalam kotak misteri ini?
4. Murid-murid cuba
meneka apa yang terdapat di dalam kotak misteri tersebut.
5. Pendidik memilih
beberapa orang kanak-kanak ke depan untuk mengambil seekor model haiwan di
dalam kotak misteri tersebut.
6. Kanak-kanak
tersebut diminta untuk meneka nama haiwan yang di ambil dan mengeluarkannya
daripada kotak tersebut.
7. Pendidik meminta
kanak-kanak untuk menunjukkan haiwan tersebut kepada rakan-rakan yang lain
dan sebutkan nama haiwan tersebut dengan betul.
8. Pendidik meminta
kanak-kanak untuk membuat pergerakan haiwan atau bunyi haiwan liar tersebut.
9. Pendidik memberi
pujian kepada kanak-kanak.
|
Penutup
(5
minit )
|
1. Pendidik meminta
kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dengan tenang dan selesa
menandakan masa aktiviti telah tamat.
2. Pendidik bertanya
kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3. Kanak-kanak akan
menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.
4. Kanak-kanak akan
mengucapkan terima kasih kepada pendidik.
|
Perhatian
|
1. Pendidik
memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti
dijalankan tidak berbahaya.
2. Pendidik
memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan
selepas menjalankan aktiviti.
3. Pendidik
memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.
|
REFLEKSI :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan