Rancangan Pelaksanaan
Aktiviti
| 
Tarikh
  / Hari | 
8 Julai 2019 / Isnin  | 
| 
Masa | 
9.40 - 10.20 pagi ( 40
  minit ) | 
| 
Umur | 
3 tahun | 
| 
Bil
  Kanak-Kanak | 
12 orang  | 
| 
Tema | 
 Haiwan Liar | 
| 
Tajuk
  Aktiviti | 
Aktiviti mengenal haiwan
  liar | 
| 
Bidang
  Pembelajaran Fokus | 
Perkembangan deria dan
  dunia persekitaran | 
| 
Pengetahuan
  Sedia Ada | 
Kanak-kanak telah
  mengenali beberapa jenis haiwan. | 
| 
Hasil
  Pembelajaran | 
Di akhir pembelajaran
  ini, kanak-kanak dapat :  
1.    Mengenal dan
  menyebut nama-nama haiwan liar dengan baik. 
2.    Membunyikan bunyi
  haiwan dan membuat pergerakan haiwan liar. | 
| 
Senarai
  Bahan / Alat | 
Kad imbas haiwan liar | 
| 
Ruang
  Aktiviti | 
Ruang belajar | 
| 
Langkah-Langkah Pelaksanaan | |
| 
Permulaan
  Aktiviti 
Set
  Induksi 
(
  10 minit )  | 
1.    Memberi dan
  menjawab salam. 
2.    Pendidik mengimbas
  kembali pembelajaran lepas dengan menyebut nama-nama haiwan yang telah mereka
  pelajari. 
3.    Pendidik meminta
  kanak-kanak menyanyikan lagu ‘Haiwan dalam bulatan’ bersama-sama. | 
| 
Kandungan
  Aktiviti 
Perkembangan
  Aktiviti 
(
  25 minit ) | 
1.    Pendidik
  menunjukkan kad imbas haiwan kepada kanak-kanak. 
2.    Pendidik meminta
  kanak-kanak untuk meneka nama haiwan yang ditunjukkan oleh pendidik. 
3.    Pendidik
  menunjukkan gambar dan memperkenalkan nama-nama haiwan liar. 
4.    Pendidik juga
  menunjukkan gambar dan video sebenar haiwan liar kepada kanak-kanak. 
5.    Pendidik memilih
  beberapa orang kanak- kanak ke hadapan dan meminta kanak-kanak tersebut
  membuat bunyi atau pergerakan haiwan liar yang disebut oleh pendidik.  | 
| 
Penutup 
(
  5 minit ) | 
1.    Pendidik meminta
  kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dengan tenang dan selesa
  menandakan masa aktiviti telah tamat.  
2.    Pendidik bertanya
  kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini. 
3.    Kanak-kanak akan
  menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari. 
4.    Kanak-kanak akan
  mengucapkan terima kasih kepada pendidik. | 
| 
Perhatian | 
1.    Pendidik
  memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti
  dijalankan tidak berbahaya. 
2.    Pendidik
  memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan
  selepas menjalankan aktiviti. 
3.    Pendidik
  memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga. | 
REFLEKSI : 

 

 
 
