Rancangan Pelaksanaan
Aktiviti
Tarikh
/ Hari
|
17 Julai 2019 / Rabu
|
Masa
|
10.20 – 11.00 pagi ( 40
minit )
|
Umur
|
4 tahun
|
Bilangan
Kanak-Kanak
|
12 orang
|
Tema
|
Pengangkutan Darat
|
Tajuk
Aktiviti
|
Bermain puzzle kenderaan
|
Bidang
Pembelajaran Fokus
|
Perkembangan deria dan
pemahaman dunia persekitaran
|
Pengetahuan
Sedia Ada
|
Kanak-kanak telah
mengenali beberapa jenis kenderaan darat
|
Hasil
Pembelajaran
|
Di akhir pembelajaran
ini, kanak-kanak dapat :
1. Melengkapkan
puzzle kenderaan dengan baik.
2. Menyebut nama
kenderaan darat berdasarkan gambar puzzle yang telah disiapkan.
|
Senarai
Bahan / Alat
|
Puzzle kenderaan darat
|
Ruang
Aktiviti
|
Ruang manipulatif
|
Langkah-Langkah Pelaksanaan
|
|
Permulaan
Aktiviti
Set
Induksi
|
1. Pendidik memberi
salam dan kanak-kanak menjawab salam.
2. Pendidik
mengimbas kembali pembelajaran lepas dengan meminta kanak-kanak menyebutkan
nama-nama kenderaan darat yang telah dipelajari.
|
Kandungan
Aktiviti
Perkembangan
Aktiviti
|
1. Pendidik
menunjukkan puzzle kenderaan tersebut kepada kanak-kanak.
2. Pendidik
menunjukkan contoh bermain puzzle.
3. Pendidik meminta
kanak-kanak melengkapkan puzzle gambar kenderaan tersebut.
4. Aktiviti
dijalankan oleh setiap kanak-kanak mengikut giliran.
|
Penutup
|
1. Pendidik meminta
kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dan menyimpan peralatan yang
digunakan menandakan masa aktiviti telah tamat.
2. Pendidik bertanya
kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3. Kanak-kanak akan
menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.
4. Kanak-kanak akan
mengucapkan terima kasih kepada pendidik.
|
Perhatian
|
1. Pendidik
memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti
dijalankan tidak berbahaya.
2. Pendidik
memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan
selepas menjalankan aktiviti.
3. Pendidik
memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.
|
REFLEKSI :