Ogos 08, 2019

RPA : Aktiviti Bermain Puzzle Pengangkutan Darat



Rancangan Pelaksanaan Aktiviti

Tarikh / Hari
 17 Julai 2019 / Rabu
Masa
10.20 – 11.00 pagi ( 40 minit )
Umur
4 tahun
Bilangan Kanak-Kanak
12 orang
Tema
Pengangkutan Darat
Tajuk Aktiviti
Bermain puzzle kenderaan
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak-kanak telah mengenali beberapa jenis kenderaan darat
Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :
1.    Melengkapkan puzzle kenderaan dengan baik.
2.    Menyebut nama kenderaan darat berdasarkan gambar puzzle yang telah disiapkan.
Senarai Bahan / Alat
Puzzle kenderaan darat
Ruang Aktiviti
Ruang manipulatif
Langkah-Langkah Pelaksanaan
Permulaan Aktiviti

Set Induksi

1.    Pendidik memberi salam dan kanak-kanak menjawab salam.
2.    Pendidik mengimbas kembali pembelajaran lepas dengan meminta kanak-kanak menyebutkan nama-nama kenderaan darat yang telah dipelajari.
Kandungan Aktiviti

Perkembangan Aktiviti

1.    Pendidik menunjukkan puzzle kenderaan tersebut kepada kanak-kanak.
2.    Pendidik menunjukkan contoh bermain puzzle.
3.    Pendidik meminta kanak-kanak melengkapkan puzzle gambar kenderaan tersebut.
4.    Aktiviti dijalankan oleh setiap kanak-kanak mengikut giliran.
Penutup

1. Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dan menyimpan peralatan yang digunakan menandakan masa aktiviti telah tamat.
2. Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3.    Kanak-kanak akan menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.
4. Kanak-kanak akan mengucapkan terima kasih kepada pendidik.
Perhatian

1.    Pendidik memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan tidak berbahaya.
2.    Pendidik memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
3.    Pendidik memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.

REFLEKSI :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...