Ogos 08, 2019

RPA : Aktiviti Seni Teknik Percikan



Rancangan Pelaksanaan Aktiviti

Tarikh / Hari
 19 Julai 2019 / Jumaat
Masa
10.20 – 11.00 pagi ( 40 minit )
Umur
4 tahun
Bil Kanak-Kanak
12 orang
Tema
Alam bahan
Tajuk Aktiviti
Aktiviti percikan
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan  kreativiti dan estetika
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak-kanak boleh melakukan aktiviti yang menggunakan motor halus dengan baik.
Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :
1.    Menyebut warna yang digunakan dengan betul.
2.    Membuat percikan menggunakan berus gigi dengan baik.
Senarai Bahan / Alat
Warna air, berus gigi, kertas lukisan
Ruang Aktiviti
Ruang belajar
Langkah-Langkah Pelaksanaan
Permulaan Aktiviti

Set Induksi
( 5 minit )
1.    Pendidik memberi salam dan kanak-kanak menjawab salam.
2.    Pendidik menyediakan bahan dan alatan yang digunakan.
3.    Pendidik meminta kanak-kanak memakai apron masing-masing.
4.    Pendidik menunjukkan alatan dan bahan yang akan digunakan dan meminta kanak-kanak meneka aktiviti apa yang akan dilakukan.
Kandungan Aktiviti

Perkembangan Aktiviti
( 30 minit )
1.    Pendidik menunjukkan warna secara rawak kepada kanak-kanak dan meminta mereka menyebutkan warna-warna tersebut.
2.    Pendidik menerangkan kepada kanak-kanak aktiviti percikan yang akan dijalankan.
3.    Pendidik menunjukkan simulasi aktiviti percikan menggunakan berus gigi kepada kanak-kanak.
4.    Pendidik memanggil seorang kanak-kanak secara bergilir-gilir ke hadapan.
5.    Pendidik meminta kanak-kanak membuat aktiviti percikan menggunakan berus gigi dengan bimbingan pendidik.
6.    Hasil percikan yang telah siap akan dijemur sehingga kering.
Penutup
( 5 minit )
1.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dan menghantar hasil kerja masing-masing menandakan masa aktiviti telah tamat.
2.    Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3.    Kanak-kanak akan menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.
4.    Kanak-kanak akan mengucapkan terima kasih kepada pendidik.
Perhatian

1.    Pendidik memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan tidak berbahaya.
2.    Pendidik memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
3.    Pendidik memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.

REFLEKSI :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...