Ogos 08, 2019

RPA : Aktiviti Mengenal Motorsikal & Aktiviti Memakai Topi Keledar



Rancangan Pelaksanaan Aktiviti

Tarikh / Hari
 18 Julai 2019 / Khamis
Masa
10.20 – 11.00 pagi ( 40 minit )
Umur
4 tahun
Bil Kanak-Kanak
12 orang
Tema
Pengangkutan Darat
Tajuk Aktiviti
Aktiviti mengenal motosikal dan memakai topi keledar
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan deria dan
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak-kanak telah mengenali beberapa jenis kenderaan darat
Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :
1.    Menyebut motosikal dan topi keledar apabila ditunjukkan oleh pendidik.
2.    Memakai dan membuka topi keledar dengan baik.
Senarai Bahan / Alat
Kad imbas kenderaan, topi keledar dan motosikal.
Ruang Aktiviti
Ruang manipulatif
Langkah-Langkah Pelaksanaan
Permulaan Aktiviti

Set Induksi

1.    Pendidik memberi salam dan kanak-kanak menjawab salam.
2.    Pendidik mengimbas semula pembelajaran lepas mengenai kenderaan-kenderaan darat yang telah dipelajari.
Kandungan Aktiviti

Perkembangan Aktiviti

1.    Pendidik menunjukkan kad imbas motosikal kepada kanak-kanak.
2.    Pendidik memperkenalkan motosikal dan meminta kanak-kanak menyebutkannya dengan baik.
3.    Pendidik memberi penerangan mengenai aspek keselamatan semasa menunggang motosikal.
4.    Pendidik  memberi peluang kepada kanak-kanak menceritakan pengalaman mereka semasa menaiki motosikal.
5.    Pendidik memperkenalkan topi keledar kepada kanak-kanak.
6.    Pendidik meminta kanak-kanak memakai dan membuka topi keledar dengan bimbingan pendidik.
7.    Aktiviti ini dijalankan secara bergilir-gilir.
Penutup

1.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dengan tenang dan selesa menandakan masa aktiviti telah tamat.
2.    Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3.    Kanak-kanak akan menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.
4.    Kanak-kanak akan mengucapkan terima kasih kepada pendidik.
Perhatian

1.    Pendidik memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan tidak berbahaya.
2.    Pendidik memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
3.    Pendidik memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.

REFLEKSI :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...