Ogos 15, 2019

RPA : Mari Mengenal Saiz Dengan Buah

.
Rancangan Pelaksanaan Aktiviti
Tarikh/Hari
5 Ogos 2019 (Isnin)
Masa
9.00 pagi – 9.30 pagi
Umur
2 Tahun
Bilangan kanak-kanak
10 orang
Tema
Bebas
Tajuk Aktiviti
Mari Mengenal Saiz Dengan Buah
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan Deria dan Dunia Persekitaran
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak-kanak boleh menggunakan deria sentuhan.
Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
1)      Menguatkan kemahiran motor halus (jari/tangan).
2)      Meningkatkan pengetahuan tentang saiz (besar/kecil).
3)      Mengelas objek mengikut saiz.

Senarai Bahan/Alat
Limau besar, limau kecil, bekas
Ruang Aktiviti
Ruang Manipulatif
Langkah-langkah Pelaksanaan
Permulaan Aktiviti
Set Induksi
(5 Minit)

1)      Pendidik menyusun alat dan menunjukkan dua saiz limau yang berbeza besar/kecil.
2)      Pendidik memberikan arahan mudah dengan menunjukkan dua bekas yang berbeza dan mengambil satu persatu buah ke dalam bekas berasingan sambil menyebut limau besar/limau kecil.
3)      Pendidik menunjukkan contoh melakukan aktiviti dengan memasukkan satu limau besar ke bekas A, dan satu limaau ke bekas B.

Kandungan Aktiviti
Perkembangan Aktiviti
(30  Minit)

1)      Kanak-kanak dikumpulkan di ruangan manipulatif/kelas untuk melakukan aktiviti secara individu/bergilir.
2)      Kanak-kanak melaksanakan aktiviti dengan bimbingan pendidik.
3)      Pendidik memberikan pujian dan tepukan apabila kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti dengan baik.

Penutup
(5 Minit)

1)      Pendidik menyebut semula saiz limau kepada kanak-kanak  (besar/kecil), mengemas peralatan.
2)      Makan limau.
Perhatian
1)      Kanak-kanak harus berada dalam keadaan yang sihat sebelum menjalankan aktiviti.
2)      Pendidik harus memastikan ruang aktiviti dan peralatan yang digunakan berada dalam keadaan selamat untuk digunakan kepada kanak-kanak.
3)      Pendidik harus memastikan ruang aktiviti sentiasa berada dalam keadaan bersih dan bebas daripada kuman sebelum menjalankan aktiviti.
Refleksi




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...