Ogos 15, 2019

RPA : Aktiviti padankan kenderaan menggunakan lidi bergambar





Rancangan Pengajaran Aktiviti


Tarikh/Hari
7 Ogos 2019/Rabu
Masa
9.40 – 10.20 pagi (40 minit)
Umur
3 Tahun
Bilangan Kanak-kanak
10 orang
Tema
Pengangkutan Awam
Tajuk Aktiviti
Aktiviti padankan kenderaan menggunakan lidi bergambar
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan deria dan dunia persekitaran
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak – kanak boleh menyebut beberapa jenis pengangkutan awam
Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :
1.      Mengenal dan mengecam padanan kenderaan yang sama
2.      Memadankan kenderaan menggunakan lidi bergambar
Senarai Bahan/Alat
Lidi bergambar, span warna warni
Ruang Aktiviti
Ruang manipulatif
Langkah – langkah pelaksanaan
Permulaan Aktiviti
- Set Induksi
1.      Pendidik memberi salam.
2.      Pendidik bermesra sambil bertanya mengenai pengangkutan awam dan menarik perhatian dengan menunjukkan video mengenai pengangkutan awam

Kandungan Aktiviti
- Perkembangan Aktiviti
1.      Pendidik memulakan aktiviti dengan  menunjukkan video mengenai “sound of public transport”
2.      Pendidik meminta kanak-kanak untuk meneka bunyi jenis pengangkutan awam dan menunjukkan slide bergambar pengangkutan awam.
3.      Pendidik memberikan setiap kanak-kanak lidi bergambar secara rawak.
4.      Pendidik menunjukkan contoh cara-cara untuk mencucuk/ memadankan lidi pada span.
5.      Pendidik memanggil seorang kanak-kanak secara bergilir-gilir dan bertanya mengenai gambar pada lidi.
6.      Kanak-kanak diminta  untuk memadankan lidi bergambar pada span bergambar dengan betul.

Penutup
1.      Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk dengan tenang dan selesa menandakan masa aktiviti telah tamat.
2.      Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.

Perhatian
1.      Pendidik memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan tidak berbahaya.
2.      Pendidik memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
3.      Pendidik memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.
4.      Pendidik memastikan kanak-kanak selesa dan seronok semasa membuat aktiviti.

Releksi :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...