Ogos 15, 2019

RPA : Aktiviti masukkan straw ke dalam cawan mengikut warna



Rancangan Pengajaran Aktiviti


Tarikh/Hari
2 Ogos 2019/Jumaat
Masa
9.30 – 10.00 pagi (30 minit)
Umur
2 Tahun
Bilangan Kanak-kanak
10 orang
Tema
Warna
Tajuk Aktiviti
Aktiviti masukkan straw ke dalam cawan mengikut warna
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan deria dan dunia persekitaran
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak – kanak boleh menyebut beberapa warna asas
Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :
1.      Mengenal dan mengecam padanan warna yang sama
2.      Memasukkan straw ke dalam cawan mengikut warna
Senarai Bahan/Alat
Cawan warna warni, straw
Ruang Aktiviti
Ruang manipulatif
Langkah – langkah pelaksanaan
Permulaan Aktiviti
- Set Induksi
1.      Pendidik memberi salam.
2.      Pendidik bermesra sambil bertanya mengenai warna-warna pada straw dan cawan.
3.      Pendidik menarik perhatian dengan menunjukkan straw berwarna warni.

Kandungan Aktiviti
- Perkembangan Aktiviti
1.      Pendidik memulakan aktiviti dengan  menunjukkan cawan warna warni dan pelbagai straw berwarna warni
2.      Pendidik menunjukkan contoh cara-cara untuk masukkan straw ke dalam cawan mengikut warna.
3.      Pendidik memanggil seorang kanak-kanak secara bergilir-gilir untuk memadankan straw mengikut warna dan masukkan ke dalam cawan.


Penutup
1.      Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk dengan tenang dan selesa menandakan masa aktiviti telah tamat.
2.      Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.

Perhatian
1.      Pendidik memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan tidak berbahaya.
2.      Pendidik memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
3.      Pendidik memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.
4.      Pendidik memastikan kanak-kanak selesa dan seronok semasa membuat aktiviti.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...