Ogos 15, 2019

RPA : Aktiviti memadankan objek berwarna pada tapaknya



Rancangan Pengajaran Aktiviti


Tarikh/Hari
5 Ogos 2019/Isnin
Masa
9.30 – 10.00 pagi (30 minit)
Umur
2 Tahun
Bilangan Kanak-kanak
10 orang
Tema
Warna
Tajuk Aktiviti
Aktiviti memadankan objek berwarna pada tapaknya
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan deria dan dunia persekitaran
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak – kanak boleh menyebut beberapa warna asas
Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :
1.      Mengenal dan mengecam padanan warna yang sama
2.      Meletakkan objek pada tapaknya mengikut warna
Senarai Bahan/Alat
Kain berwarna dan objek berwarna
Ruang Aktiviti
Ruang manipulatif
Langkah – langkah pelaksanaan
Permulaan Aktiviti
- Set Induksi
1.      Pendidik memberi salam.
2.      Pendidik bermesra sambil bertanya mengenai warna-warna pada objek
3.      Pendidik menarik perhatian dengan menunjukkan pelbagai jenis objek.

Kandungan Aktiviti
- Perkembangan Aktiviti

1.      Pendidik memulakan aktiviti dengan  menunjukkan pelbagai objek berwarna warni
2.      Pendidik menunjukkan contoh cara-cara untuk meletakkan objek mengikut warna.
3.      Pendidik memanggil seorang kanak-kanak secara bergilir-gilir untuk memadankan objek mengikut warna dan meletakkannya pada tapak yang betul.


Penutup
1.      Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk dengan tenang dan selesa menandakan masa aktiviti telah tamat.
2.      Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.

Perhatian
1.      Pendidik memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan tidak berbahaya.
2.      Pendidik memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
3.      Pendidik memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.
4.      Pendidik memastikan kanak-kanak selesa dan seronok semasa membuat aktiviti.

Releksi :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...