Ogos 05, 2019

RPA : Aktiviti Mengenal Yarn




Rancangan Pelaksanaan Aktiviti


Tarikh / Hari

25 Julai 2019 / Khamis
Masa

9.00 – 9.40 pagi ( 40 minit )
Umur

4 tahun
Bilangan Kanak-Kanak

12 orang kanak-kanak
Tema

 Haiwan
Tajuk Aktiviti

Aktiviti mengenal Yarn
Bidang Pembelajaran Fokus

Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal
Pengetahuan Sedia Ada

Kanak-kanak telah mengenali huruf Y
Hasil Pembelajaran

Di akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :
1.    Menyebut ‘Y for Yarn’  ( benang kait ) dengan baik.
2.    Mewarnakan gambar benang kait menggunakan pensel warna.

Senarai Bahan / Alat

Lembaran kerja Yarn, pensel warna
Ruang Aktiviti

Ruang belajar
Langkah-Langkah Pelaksanaan

Permulaan Aktiviti

Set Induksi

1.    Memberi dan menjawab salam.
2.    Pendidik mengimbas kembali pembelajaran lepas yang telah dipelajari dengan menyebut huruf Y.
Kandungan Aktiviti

Perkembangan Aktiviti

1.    Pendidik menulis ‘Y for Yarn’ pada papan putih.
2.    Pendidik menyebut ‘Y for Yarn’  dan meminta kanak-kanak untuk mengikut pendidik menyebutnya.
3.    Pendidik menjelaskan mengenai serba sedikit mengenai benang kait tersebut.
4.    Pendidik menunjukkan gambar benang kait kepada kanak-kanak.
5.    Pendidik mengedarkan lembaran kerja mewarna dan pensel warna kepada kanak-kanak.
6.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk mewarnakan gambar benang kait tersebut.
Penutup

1.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dan menghantar hasil kerja mereka menandakan masa aktiviti telah tamat.
2.    Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3.    Kanak-kanak akan menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.
4.    Kanak-kanak akan mengucapkan terima kasih kepada pendidik.
Perhatian

1.    Pendidik memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan tidak berbahaya.
2.    Pendidik memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
3.    Pendidik memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.

REFLEKSI :


LAMPIRAN



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...