Tarikh
/ Hari
|
24 Julai 2019 / Rabu
|
Masa
|
10.20 – 11.00 pagi ( 40
minit )
|
Umur
|
4 tahun
|
Bilangan
Kanak-Kanak
|
12 orang
|
Tema
|
Alam bahan
|
Tajuk
Aktiviti
|
Aktiviti capan (
|
Bidang
Pembelajaran Fokus
|
Perkembangan kreativiti
dan estetika
|
Pengetahuan
Sedia Ada
|
Kanak-kanak boleh
melakukan aktiviti yang menggunakan motor halus dengan baik.
|
Hasil
Pembelajaran
|
Di akhir pembelajaran
ini, kanak-kanak dapat :
1. Menyebut warna
yang digunakan dengan betul.
2. Membuat capan
menggunakan penutup botol dengan baik.
|
Senarai
Bahan / Alat
|
Warna air, penutup
botol, kertas lukisan
|
Ruang
Aktiviti
|
Ruang belajar
|
Langkah-Langkah Pelaksanaan
|
|
Permulaan
Aktiviti
Set
Induksi
(
5 minit )
|
1. Pendidik memberi
salam dan kanak-kanak menjawab salam.
2. Pendidik
menyediakan bahan dan alatan yang digunakan.
3. Pendidik meminta
kanak-kanak memakai apron masing-masing.
4. Pendidik
menunjukkan alatan dan bahan yang akan digunakan dan meminta kanak-kanak
meneka aktiviti apa yang akan dilakukan.
|
Kandungan
Aktiviti
Perkembangan
Aktiviti
(
30 minit )
|
1. Pendidik
menunjukkan warna secara rawak kepada kanak-kanak dan meminta mereka
menyebutkan warna-warna tersebut.
2. Pendidik
menerangkan kepada kanak-kanak aktiviti capan yang akan dijalankan.
3. Pendidik
menunjukkan simulasi aktiviti capan menggunakan penutup botol kepada
kanak-kanak.
4. Pendidik
memanggil seorang kanak-kanak secara bergilir-gilir ke hadapan.
5. Pendidik meminta
kanak-kanak membuat aktiviti capan menggunakan penutup botol dengan bimbingan
pendidik.
6. Hasil capan yang
telah siap akan dijemur sehingga kering.
|
Penutup
(
5 minit )
|
1. Pendidik meminta
kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dan menghantar hasil kerja
masing-masing menandakan masa aktiviti telah tamat.
2. Pendidik bertanya
kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3. Kanak-kanak akan
menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.
4. Kanak-kanak akan
mengucapkan terima kasih kepada pendidik.
|
Perhatian
|
1. Pendidik
memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti
dijalankan tidak berbahaya.
2. Pendidik
memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan
selepas menjalankan aktiviti.
3. Pendidik
memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga dan
membersihkan peralatan yang telah digunakan.
|
REFLEKSI :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan