Ogos 05, 2019

RPA : Aktiviti Kraf Kapal Layar




Rancangan Pelaksanaan Aktiviti


Tarikh / Hari

25 Julai 2019 / Khamis
Masa

9.40 – 10.20 pagi ( 40 minit )
Umur

4 tahun
Bilangan Kanak-Kanak

12 orang
Tema

 Kenderaan air
Tajuk Aktiviti

Kraf kapal layar
Bidang Pembelajaran Fokus

Perkembangan kreativiti dan estetika
Pengetahuan Sedia Ada

Kanak-kanak boleh melakukan aktiviti menggunakan motor halus dengan baik.
Hasil Pembelajaran

Di akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :
1.    Mewarnakan pinggan polisterin dengan menggunakan warna air dengan baik.
2.    Menampal kertas pada kayu aiskrim dengan baik.
Senarai Bahan / Alat

Pinggan polisterin, warna air, kayu aiskrim, gam , berus warna, kertas warna
Ruang Aktiviti

Ruang belajar
Langkah-Langkah Pelaksanaan

Permulaan Aktiviti

Set Induksi
( 5 minit )

1.    Pendidik memberi salam dan kanak-kanak menjawab salam.
2.    Pendidik menyediakan alatan dan bahan-bahan yang akan digunakan.
3.    Pendidik meminta kanak-kanak mengimbas kembali pembelajaran lepas mengenai kenderaan air.
4.    Pendidik meminta kanak-kanak meneka aktiviti yang akan dijalankan.
5.    Pendidik menunjukkan warna air dan meminta kanak-kanak menyebutkan warnanya.
Kandungan Aktiviti

Perkembangan Aktiviti
( 30 minit )

1.    Pendidik memperkenalkan alatan dan bahan-bahan yang akan digunakan untuk membuat kraf kapal layar.
2.    Pendidik memberi penerangan kepada kanak-kanak cara-cara membuat kraf kapal layar.
3.    Pendidik menunjukkan contoh membuat kraf kapal layar kepada kanak-kanak.
4.    Pendidik mengagihkan warna air secara berkumpulan.
5.    Pendidik juga mengedarkan pinggan polisterin dan berus kepada setiap kanak-kanak.
6.    Pendidik meminta kanak-kanak mewarnakan pinggan polisterin tersebut dengan warna air berwarna biru sebagai air laut.
7.    Pinggan polisterin yang telah siap diwarnakan akan dijemur di bahagian tepi kelas.
8.    Sementara itu, pendidik membimbing setiap kanak-kanak untuk menampal kertas warna yang telah siap digunting pada kayu aiskrim.
9.    Selepas itu, pendidik membimbing setiap kanak-kanak untuk mencacakkan kayu aiskrim tersebut pada pinggan polisterin.
Penutup
( 5 minit )
1.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dan membantu pendidik mengemas peralatan yang telah digunakan menandakan masa aktiviti telah tamat.
2.    Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3.    Kanak-kanak akan menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.
4.    Kanak-kanak akan mengucapkan terima kasih kepada pendidik.
Perhatian

1.    Pendidik memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan tidak berbahaya.
2.    Pendidik memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
3.    Pendidik memastikan peralatan yang telah digunakan dicuci dengan bersih dan keadaan kelas bersih.

REFLEKSI:




Lampiran



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...