Ogos 08, 2019

RPA : Aktiviti Mengenal Watermelon ( W for Watermelon)



Rancangan Pelaksanaan Aktiviti

Tarikh / Hari
 10 Julai 2019 / Rabu
Masa
9.00 – 9.40 pagi (40 minit)
Umur
3 tahun
Bil Kanak-Kanak
12 orang
Tema
Buah–buahan
Tajuk Aktiviti
Aktiviti mengenal Watermelon
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan komunikasi, bahasa dan awal literasi
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak-kanak boleh menyanyikan lagu A B C
Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :
1.    Mengenal dan menyebut ‘W for watermelon’.
2.    Mewarnakan gambar tembikai dengan menggunakan pensel warna.
Senarai Bahan / Alat
Lembaran kerja, pensel warna, kad imbas, pemadam buah-buahan.
Ruang Aktiviti
Ruang belajar
Langkah-Langkah Pelaksanaan
Permulaan Aktiviti

Set Induksi

1.    Pendidik memberi salam dan kanak-kanak menjawab salam pendidik.
2.    Pendidik meminta kanak-kanak membuat aktiviti energizer.
3.    Pendidik meminta kanak-kanak menyanyikan lagu A B C dan mengimbas kembali pembelajaran lepas dengan menyebut huruf W.
Kandungan Aktiviti

Perkembangan Aktiviti

1.    Pendidik menunjukkan kad imbas gambar tembikai kepada kanak-kanak.
2.    Pendidik memperkenalkan buah tembikai kepada kanak-kanak.
3.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk menyebut ‘W for Watermelon’.
4.    Pendidik menunjukkan pemadam buah-buahan kepada kanak-kanak.
5.    Pendidik meminta kanak-kanak mencari pemadam buah tembikai secara bergilir-gilir.
6.    Pendidik mengedarkan lembaran kerja gambar tembikai dan pensel warna kepada kanak-kanak.
7.    Pendidik meminta kanak-kanak mewarnakan gambar tembikai.
Penutup

1.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dan menghantar hasil kerja mereka menandakan masa aktiviti telah tamat.
2.    Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3.    Kanak-kanak akan menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.
4.    Kanak-kanak akan mengucapkan terima kasih kepada pendidik.
Perhatian

1.    Pendidik memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan tidak berbahaya.
2.    Pendidik memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
3.    Pendidik memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.

REFLEKSI :

LAMPIRAN :




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...