Ogos 08, 2019

RPA : Aktiviti Memasukkan Puding Kacang Ke Dalam Gelung



Rancangan Pelaksanaan Aktiviti

Tarikh / Hari
 11 Julai 2019 / Khamis
Masa
10.20 – 11.00 pagi ( 40 minit )
Umur
3 tahun
Bil Kanak-Kanak
12 orang
Tema

Tajuk Aktiviti
Aktiviti Memasukkan Puding Kacang Ke Dalam Gelung
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan fizikal
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak-kanak boleh melakukan aktiviti lokomotor
Hasil Pembelajaran

Di akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :
1.    Merangkak ke dalam terowong dengan baik.
2.    Melompat ke dua belah kaki ke dalam gelung dengan baik.
3.    Memasukkan pundi kacang ke dalam gelung dengan baik.
Senarai Bahan / Alat
Terowong permainan, gelung dan pundi kacang
Ruang Aktiviti
Ruang manipulatif
Langkah-Langkah Pelaksanaan
Permulaan Aktiviti

Set Induksi

1.    Pendidik memberi salam dan kanak-kanak menjawab salam.
2.    Pendidik meminta kanak-kanak membuat barisan dan bergerak ke ruang aktiviti,
3.    Pendidik meminta kanak-kanak membuat aktiviti regangan sebelum memulakan aktiviti.
Kandungan Aktiviti

Perkembangan Aktiviti

1.    Pendidik memperkenalkan alatan yang digunakan kepada kanak-kanak.
2.    Pendidik meminta kanak-kanak membuat barisan menunggu giliran.
3.    Pendidik memberi penerangan dan menunjukkan simulasi aktiviti kepada kanak-kanak.
4.    Pendidik meminta kanak-kanak merangkak ke dalam terowong.
5.    Kemudian, pendidik meminta kanak-kanak untuk melompat ke dua-dua belah kaki ke dalam beberapa gelung sehingga gelung yang terdapat pundi kacang di dalamnya.
6.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk memasukkan 3 pundi kacang tersebut ke dalam gelung yang seterusnya.
7.    Aktiviti tersebut dilakukan secara bergilir-gilir mengikut giliran.
Penutup

1.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk membantu pendidik menyimpan alatan yang telah digunakan menandakan masa aktiviti telah tamat.
2.    Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3.    Kanak-kanak akan menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.
4.    Kanak-kanak akan mengucapkan terima kasih kepada pendidik.
Perhatian

1.    Pendidik memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan tidak berbahaya.
2.    Pendidik memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
3.    Pendidik memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.

REFLEKSI :


4 ulasan:

  1. Apakah tema yang sesuai? Untuk pundi kacang ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun nk tanya soalan yg sama

      Padam
    2. Adakah temanya sayur-sayuran

      Padam
    3. Sebab ni aktiviti fizikal.. jadi xtermasuk dalam mana-mana tema

      Padam

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...