Ogos 08, 2019

RPA : Aktiviti Memadankan Haiwan Ibu & Anaknya


Rancangan Pelaksanaan Aktiviti

Tarikh / Hari
12 Julai 2019 / Jumaat
Masa
9.40 – 10.20 pagi ( 40 minit)
Umur
3 tahun
Bilangan Kanak-Kanak
12 orang
Tema
 Haiwan liar
Tajuk Aktiviti
Aktiviti memadankan haiwan Ibu dan Anaknya.
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak-kanak telah mengenali beberapa haiwan
Hasil Pembelajaran

Di akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :
1.    Menyebut nama-nama haiwan liar dengan betul.
2.    Mengecam dan memadankan gambar haiwan ibu dan anaknya dengan betul.
Senarai Bahan / Alat
gambar haiwan liar ibu dan anaknya
Ruang Aktiviti
Ruang belajar
Langkah-Langkah Pelaksanaan
Permulaan Aktiviti

Set Induksi

1.    Memberi dan menjawab salam.
2.    Pendidik meminta kanak-kanak menyanyikan lagu rama-rama yang telah dipelajari oleh kanak-kanak.
3.    Pendidik mengimbas kembali pembelajaran lepas dengan meminta kanak-kanak membuat bunyi haiwan yang disebut oleh pendidik.
Kandungan Aktiviti

Perkembangan Aktiviti

1.    Pendidik menunjukkan gambar-gambar haiwan liar kepada kanak-kanak.
2.    Pendidik memperkenalkan nama-nama haiwan tersebut.
3.    Pendidik menunjukkan gambar haiwan ibu dan anaknya kepada kanak-kanak.
4.    Pendidik menunjukkan simulasi aktiviti yang akan dijalankan kepada kanak-kanak.
5.    Pendidik menampal gambar ibu haiwan pada papan putih.
6.    Pendidik memanggil seorang kanak-kanak secara bergilir-gilir tampil ke hadapan.
7.    Pendidik meminta kanak-kanak tersebut memilih gambar anak haiwan yang sepadan dengan gambar ibu haiwan pada papan putih.
8.    Pendidik meminta kanak-kanak menampalkan gambar tersebut pada padanan yang betul.
Penutup

1.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dengan tenang dan selesa menandakan masa aktiviti telah tamat.
2.    Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3.    Kanak-kanak akan menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.
4.    Kanak-kanak akan mengucapkan terima kasih kepada pendidik.
Perhatian

1.    Pendidik memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan tidak berbahaya.
2.    Pendidik memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
3.    Pendidik memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.


REFLEKSI :


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...