Ogos 15, 2019

RPA : Aktiviti membuat origami teksi.


RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

Tarikh/hari
6 Ogos / Selasa
Masa
9.00 pagi- 9.40 pagi
Umur
4 Tahun
Bilangan murid
12 orang
Tema
Pengangkutan Awam
Tajuk
Aktiviti membuat origami teksi.
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan kreativiti dan estetika.
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak-kanak telah mengenalpasti jenis-jenis kenderaan.

Objektif
Kanak-kanak dapat mengenal teksi dengan aktiviti kreatif.
Senarai bahan/alat
Kertas A4, gam, gunting, marker hitam dan biru.
Ruang aktiviti
Ruang pembelajaran.

Set induksi
  1. Pendidik bertanya khabar dengan kanak-kanak.
  2. Pendidik bercerita mengenai pengangkutan di darat, air dan udara.
Permulaan aktiviti


  1. Pendidik memberi salam dan membaca doa.
  2. Pendidik memberi penerangan dan menunjukkan Flash Card gambar pengangkutan awam iaitu teksi.
  3. Pendidik memberi bahan-bahan untuk membuat origami kereta (teksi) kepada kanak-kanak.
  4. Pendidik membantu kanak-kanak membuat origami sehingga siap.
  5. Pendidik membuat rumusan pembelajaran bersama kanak-kanak.
Penutup
  1. Pendidik memuji kanak-kanak setelah menyelesaikan aktiviti.
  2. Pendidik mengulang kembali aktiviti yang dilakukan bersama kanak-kanak tentang apa yang telah dipelajari.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...