Ogos 05, 2019

RPA : Aktiviti Membuat Origami Sampan





Rancangan Pelaksanaan Aktiviti

Tarikh / Hari

26 Julai 2019 / Jumaat
Masa

10.20 – 11.00 pagi ( 40 minit )
Umur

4 tahun
Bilangan Kanak-Kanak

12 orang
Tema

Kenderaan air
Tajuk Aktiviti

Aktiviti membuat origami sampan
Bidang Pembelajaran Fokus

Perkembangan deria dan dunia persekitaran
Pengetahuan Sedia Ada

Kanak-kanak boleh melakukan aktiviti motor halus dengan baik
Hasil Pembelajaran

Di akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :
1.    Membuat origami sampan dengan bimbingan guru.
2.    Meletakkan origami sampan tersebut di air kolam dan membuat ramalan terhadap sampan tersebut.(
( Perkembangan awal matematik dan pemikiran logik)

Senarai Bahan / Alat

Kertas warna dan kolam air
Ruang Aktiviti

Ruang manipulatif
Langkah-Langkah Pelaksanaan

Permulaan Aktiviti

Set Induksi
( 5 minit )

1.    Pendidik memberi salam dan kanak-kanak menjawab salam.
2.    Pendidik mengimbas kembali pembelajaran lepas mengenai kenderaan air dan meminta kanak-kanak menyenaraikan nama-nama kenderaan air.
Kandungan Aktiviti

Perkembangan Aktiviti
( 30 minit )

1.    Pendidik memperkenalkan sampan kepada kanak-kanak dan menunjukkan gambar sampan kepada kanak-kanak.
2.    Pendidik menunjukkan origami sampan yang telah siap dibuat.
3.    Pendidik memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan.
4.    Pendidik mengedarkan sehelai kertas warna kepada setiap kanak-kanak.
5.    Pendidik membimbing kanak-kanak cara-cara membuat origami sampan.
6.    Pendidik meminta kanak-kanak berbaris dan membawa origami sampan masing-masing untuk dimasukkan ke dalam kolam air.
7.    Pendidik meminta kanak-kanak duduk dalam bulatan mengelilingi kolam tersebut.
8.    Pendidik meminta kanak-kanak meletakkan origami sampan masing-masing ke dalam kolam air mengikut giliran.
9.    Pendidik meminta kanak-kanak memerhati sampan masing-masing dan pendidik menjelaskan konsep terapung kepada kanak-kanak.
10.  Pendidik bersoal jawab dengan kanak-kanak.
Penutup
( 5 minit )
1.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing membantu guru mengemas peralatan yang telah digunakan menandakan masa aktiviti telah tamat.
2.    Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3.    Kanak-kanak akan menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.
4.    Kanak-kanak akan mengucapkan terima kasih kepada pendidik.
Perhatian

1.    Pendidik memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan tidak berbahaya.
2.    Pendidik memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
3.    Pendidik memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.


REFLEKSI :


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...