Ogos 05, 2019

RPA Aktiviti Membuat Roket




Rancangan Pelaksanaan Aktiviti

Tarikh / Hari

 1 Ogos 2019 / Khamis
Masa

9.40 – 10.20 pagi ( 40 minit )
Umur

4 tahun
Bilangan Kanak-Kanak

12 orang
Tema

Kenderaan udara
Tajuk Aktiviti

Aktiviti membuat roket belon
Bidang Pembelajaran Fokus

Perkembangan Seni Kreatif
Pengetahuan Sedia Ada

Kanak-kanak telah mengenali beberapa jenis kenderaan udara
Hasil Pembelajaran

Di akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :
1.    Menampal belon dan sayap roket pada penyedut minuman dengan bimbingan pendidik.
2.    Meniup penyedut minuman sehingga belon kembung dan melepaskannya terbang.

Senarai Bahan / Alat

penyedut minuman, kertas warna, pita pelekat, belon
Ruang Aktiviti

Ruang manipulatif
Langkah-Langkah Pelaksanaan

Permulaan Aktiviti

Set Induksi
( 5 minit )

1.    Pendidik memberi salam dan kanak-kanak menjawab salam.
2.    Pendidik meminta kanak-kanak mengimbas kembali pembelajaran lepas dengan menyebut nama-nama kenderaan udara yang telah dipelajari.
3.    Pendidik menunjukkan tayangan video roket berlepas kepada kanak-kanak.
4.    Pendidik menyediakan bahan-bahan yang akan digunakan.
Kandungan Aktiviti

Perkembangan Aktiviti
( 30 minit )

1.    Pendidik memperkenalkan bahan-bahan yang akan digunakan untuk membuat roket belon.
2.    Pendidik meminta kanak-kanak menyebutkan nama-nama alatan yang ditunjukkan oleh pendidik.
3.    Pendidik memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan.
4.    Menunjukkan langkah-langkah membuat roket belon dan meniup rekot belon  kepada kanak-kanak.
5.    Pendidik mengedarkan alatan dan bahan yang akan digunakan kepada kanak-kanak.
6.    Pendidik membimbing setiap kanak-kanak untuk membuat roket belon.
7.    Setelah semua kanak-kanak siap membuat roket belon, pendidik memberi peluang kepada kanak-kanak meniup belon roket masing-masing dan melepaskannya terbang.
Penutup
( 5 minit )
1.    Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dan menyimpan belon roket masing-masing menandakan masa aktiviti telah tamat.
2.    Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3.    Kanak-kanak akan menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.
4.    Kanak-kanak akan mengucapkan terima kasih kepada pendidik.
Perhatian

1.    Pendidik memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan tidak berbahaya.
2.    Pendidik memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
3.    Pendidik memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.


REFLEKSI :


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...