Ogos 15, 2019

RPA : Aktiviti Sensory Walk




Rancangan Pengajaran Aktiviti

Tarikh/Hari
6 Ogos 2019/Selasa
Masa
9.30 – 10.00 pagi (30 minit)
Umur
2 Tahun
Bilangan Kanak-kanak
10 orang
Tema
Warna
Tajuk Aktiviti
Aktiviti sensory walk
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan deria dan dunia persekitaran
Pengetahuan Sedia Ada
Kanak – kanak boleh menyebut beberapa jenis bahan di persekitaran
Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :
1.      Merasai pelbagai jenis permukaan bahan menggunakan kaki
2.      Melatih kemahiran motor halus
Senarai Bahan/Alat
Bekas, batu, kapas, air, bubble rice, butang baju,  tepung
Ruang Aktiviti
Luar kelas
Langkah – langkah pelaksanaan
Permulaan Aktiviti
- Set Induksi
1.      Pendidik memberi salam.
2.      Pendidik bermesra sambil bertanya mengenai khabar kanak-kanak.
3.      Pendidik menarik perhatian dengan membawa kanak-kanak ke luar kelas.

Kandungan Aktiviti
- Perkembangan Aktiviti
1.      Pendidik memulakan aktiviti dengan  menunjukkan pelbagai jenis bahan di dalam bekas iaitu batu, bubble rice, kapas, butang, tepung dan air.
2.      Pendidik menunjukkan contoh cara-cara untuk berjalan di atas bekas.
3.      Pendidik memanggil seorang kanak-kanak secara bergilir-gilir untuk berjalan di atas pelbagai jenis permukaan dan melihat reaksi kanak-kanak dengan  bimbingan guru.





Penutup
1.      Pendidik meminta kanak-kanak untuk masuk ke dalam dengan tenang dan selesa menandakan masa aktiviti telah tamat.
2.      Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.

Perhatian
1.      Pendidik memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan tidak berbahaya.
2.      Pendidik memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
3.      Pendidik memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga.
4.      Pendidik memastikan kanak-kanak selesa dan seronok semasa membuat aktiviti.

Releksi :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...