Tarikh
/ Hari
|
25 Julai 2019 / Khamis
|
Masa
|
9.40 – 10.20 pagi ( 40
minit )
|
Umur
|
4 tahun
|
Bilangan
Kanak-Kanak
|
12 orang
|
Tema
|
Kenderaan air
|
Tajuk
Aktiviti
|
Kraf kapal layar
|
Bidang
Pembelajaran Fokus
|
Perkembangan kreativiti
dan estetika
|
Pengetahuan
Sedia Ada
|
Kanak-kanak boleh
melakukan aktiviti menggunakan motor halus dengan baik.
|
Hasil
Pembelajaran
|
Di akhir pembelajaran ini,
kanak-kanak dapat :
1. Mewarnakan
pinggan polisterin dengan menggunakan warna air dengan baik.
2. Menampal kertas
pada kayu aiskrim dengan baik.
|
Senarai
Bahan / Alat
|
Pinggan polisterin,
warna air, kayu aiskrim, gam , berus warna, kertas warna
|
Ruang
Aktiviti
|
Ruang belajar
|
Langkah-Langkah Pelaksanaan
|
|
Permulaan
Aktiviti
Set
Induksi
(
5 minit )
|
1. Pendidik memberi
salam dan kanak-kanak menjawab salam.
2. Pendidik
menyediakan alatan dan bahan-bahan yang akan digunakan.
3. Pendidik meminta
kanak-kanak mengimbas kembali pembelajaran lepas mengenai kenderaan air.
4. Pendidik meminta
kanak-kanak meneka aktiviti yang akan dijalankan.
5. Pendidik
menunjukkan warna air dan meminta kanak-kanak menyebutkan warnanya.
|
Kandungan
Aktiviti
Perkembangan
Aktiviti
(
30 minit )
|
1. Pendidik
memperkenalkan alatan dan bahan-bahan yang akan digunakan untuk membuat kraf
kapal layar.
2. Pendidik memberi
penerangan kepada kanak-kanak cara-cara membuat kraf kapal layar.
3. Pendidik menunjukkan
contoh membuat kraf kapal layar kepada kanak-kanak.
4. Pendidik
mengagihkan warna air secara berkumpulan.
5. Pendidik juga
mengedarkan pinggan polisterin dan berus kepada setiap kanak-kanak.
6. Pendidik meminta
kanak-kanak mewarnakan pinggan polisterin tersebut dengan warna air berwarna
biru sebagai air laut.
7. Pinggan
polisterin yang telah siap diwarnakan akan dijemur di bahagian tepi kelas.
8. Sementara itu,
pendidik membimbing setiap kanak-kanak untuk menampal kertas warna yang telah
siap digunting pada kayu aiskrim.
9. Selepas itu,
pendidik membimbing setiap kanak-kanak untuk mencacakkan kayu aiskrim
tersebut pada pinggan polisterin.
|
Penutup
(
5 minit )
|
1. Pendidik meminta
kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dan membantu pendidik
mengemas peralatan yang telah digunakan menandakan masa aktiviti telah tamat.
2. Pendidik bertanya
kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini.
3. Kanak-kanak akan
menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari.
4. Kanak-kanak akan
mengucapkan terima kasih kepada pendidik.
|
Perhatian
|
1. Pendidik
memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti
dijalankan tidak berbahaya.
2. Pendidik
memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan
selepas menjalankan aktiviti.
3. Pendidik
memastikan peralatan yang telah digunakan dicuci dengan bersih dan keadaan
kelas bersih.
|
REFLEKSI:
Lampiran