This blog is made for those who are out of idea in teaching kids below 4 years old. I Hope this blog did help you in your teaching
Ogos 08, 2019
RPA : Aktviti Mengenal Huruf Ww
Rancangan Pelaksanaan
Aktiviti
| 
Tarikh
  / Hari | 
 8 Julai 2019 / Isnin | 
| 
Masa | 
9.00 – 9.40 pagi ( 40
  minit )  | 
| 
Umur | 
3 tahun  | 
| 
Bil
  Kanak-Kanak | 
12 orang  | 
| 
Tema | 
 Abjad | 
| 
Tajuk
  Aktiviti | 
Aktiviti mengenal huruf
  W | 
| 
Bidang
  Pembelajaran Fokus | 
Perkembangan bahasa,
  komunikasi, dan literasi awal | 
| 
Pengetahuan
  Sedia Ada | 
Kanak-kanak boleh
  menyanyi lagu A B C  | 
| 
Hasil
  Pembelajaran | 
Di akhir pembelajaran
  ini, kanak-kanak dapat :  
1.    Mengenal dan
  menyebut huruf W dengan baik. 
2.    Membuat kolaj
  pada huruf W dengan baik. | 
| 
Senarai
  Bahan / Alat | 
Lembaran kerja huruf W,
  kertas warna, gam | 
| 
Ruang
  Aktiviti | 
Ruang belajar | 
| 
Langkah-Langkah Pelaksanaan | |
| 
Permulaan
  Aktiviti 
Set
  Induksi 
(
  5 minit ) | 
1.    Memberi dan
  menjawab salam. 
2.    Pendidik meminta
  kanak-kanak menyanyikan lagu A B C bersama-sama. 
3.    Pendidik
  mengimbas kembali pelajaran lepas dengan menyebut huruf-huruf yang telah
  dipelajari. | 
| 
Kandungan
  Aktiviti 
Perkembangan
  Aktiviti 
(
  30 minit ) | 
1.    Pendidik
  memperkenalkan huruf W kepada kanak-kanak. 
2.    Pendidik menulis
  huruf W pada papan putih dan menunjukkan cara-cara menulis huruf W kepada
  kanak-kanak. 
3.    Pendidik
  memperkenalkan bunyi huruf W kepada kanak-kanak. 
4.    Pendidik meminta
  kanak-kanak membunyikan huruf W. 
5.    Pendidik
  mengedarkan lembaran kerja kepada setiap kanak-kanak dan mengedarkan kertas
  warna dan gam mengikut kumpulan. 
6.    Pendidik meminta
  kanak-kanak untuk membuat kolaj huruf W dengan menggunakan kertas warna. 
7.    Pendidik
  membimbing kanak-kanak menampal kertas membuat kolaj.  | 
| 
Penutup 
(
  5 minit ) | 
1.    Pendidik meminta
  kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing dan menghantar lembaran kerja
  menandakan masa aktiviti telah tamat.  
2.    Pendidik bertanya
  kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar pada hari ini. 
3.    Kanak-kanak akan
  menjawab dan menerangkan tentang apa yang telah mereka pelajari. 
4.    Kanak-kanak akan
  mengucapkan terima kasih kepada pendidik. | 
| 
Perhatian | 
1.    Pendidik
  memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang digunakan semasa aktiviti
  dijalankan tidak berbahaya. 
2.    Pendidik
  memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum dan
  selepas menjalankan aktiviti. 
3.    Pendidik
  memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga. | 
REFLEKSI :
LAMPIRAN:
Langgan:
Ulasan (Atom)
Week 7 : Theme My House
This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...
 
- 
Rancangan Pelaksanaan Aktiviti Tarikh / Hari 8 Julai 2019 / Isnin Masa 9.40 - 10.20 pagi ( ...
- 
Rancangan Pelaksanaan Aktiviti Tarikh/Hari 30 Julai 2019 (Selasa) Masa 9.40 pagi – 10.20 pagi U...












 






































 
