Julai 04, 2019

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR TASKA UMMI IDA, TELUK INTAN KE KOLEJ VOKASIONAL TELUK INTAN, PERAK




LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR
TASKA UMMI IDA, TELUK INTAN
KE KOLEJ VOKASIONAL TELUK INTAN, PERAK

Lawatan sambil belajar ke Kolej Vokasional Teluk Intan adalah aktiviti yang telah dijalankan oleh Taska Ummi Ida. Butir-butir program adalah seperti berikut :-
Tempat Lawatan         :Kolej Vokasional Teluk Intan, Perak
Tarikh                          : 2 Julai 2019 (Selasa)
Waktu                          : 8.30 pagi sehingga jam 11.30 pagi
Anggota Rombongan : 24 orang kanak-kanak dan 8 guru pembimbing

1.    Guru Pengiring
a)    Cikgu Nur Amira 
b)    Cikgu Norkhairiyah 
c)    Cikgu Siti Hajar 
d)    Cikgu Siti Nurzahirah 
e)    Cikgu Saiful Adam 
f)     Cikgu Muhammad Fakhrulrazi 
g)    Cikgu Nur Shuhada
h)    Cikgu Evhytra 

2.    Tujuan Lawatan
a)    Menambahkan pengalaman kanak-kanak
b)    Menghubung kaitkan dengan tema tahunan kelas
c)    Menanam rasa cinta terhadap haiwan ternakan
d)    Pembelajaran melalui pengalaman sendiri
e)    Mendedahkan kanak-kanak dengan dunia luar

3.    Persediaan Awal
Mesyuarat Jawatankuasa Lawatan telah diadakan bagi membincangkan perjalanan lawatan ini. Antara yang dibincangkan di dalam lawatan ialah ;
a)    Guru pembimbing yang akan mengikuti lawatan
b)    Kos Lawatan
c)    Aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan
d)    Waktu bertolak dan balik
e)    Pengangkutan
f)     Makan dan minum



4.    Aktiviti Sepanjang Lawatan
Kami dijemput khas oleh pihak Kolej Vokasional pada jam 8.30 pagi dan tiba di Kolej Vokasional pada jam 9.00 pagi. Kami disambut mesra oleh guru Kolej Vokasional dan pengarah Kolej. Aktiviti pertama kami adalah mendengar penerangan dari pihak guru unit ternakan. Kemudian, anak-anak diberi peluang untuk memberi makan lembu. Seterusnya kanak-kanak bergerak ke unit poultry untuk melihat ayam bertelur.
Setelah itu, kami berjalan kaki ke kandang kambing pula. Kanak-kanak diberi peluang untuk memberi makan kambing dan memegang anak kambing yang berusia beberapa minggu. Setelah itu, kami bergambar dan berehat sebentar sementara menunggu bas tiba. Setelah selesai aktiviti, kami dihantar pulang ke TASKA pada jam 11.00 pagi.

5.    Faedah Lawatan
a)    Setiap kanak-kanak dapat merasai sendiri pengalaman menaiki bas
b)    Setiap kanak-kanak dapat menghubungkaikan dengan pembelajaran di kelas
c)    Setiap kanak-kanak dapat meluaskan pandangan dan mempelajari perkara-perkara baru

6.    Penutup
Setiap kanak-kanak seronok dengan aktiviti lawatan ini. Tepat jam 11.15 pagi, kami tiba di TASKA Ummi Ida dengan perasaan puas dan berkeinginan untuk pergi lagi.







Laporan ditulis oleh


……………………………………………….
(NUR AMIRA************************************)
Penyelia dan Penyelaras Program Lawatan
Taska Ummi Ida,
Taman Intan  Mas, Teluk Intan


Contoh Surat Permohonan Mengadakan Lawatan Sambil Belajar




TASKA UMMI IDA
NO. 98, LORONG INTAN 1,
TAMAN INTAN MAS,
36000 TELUK INTAN,
PERAK DARUL RIDZUAN
IP **************
                                                           
                                                                                                            Tarikh     : 26 Jun 2019
Kepada,
Pengarah,
Kolej Vokasional Teluk Intan,
Jalan Changkat Jong, Teluk Intan
Perak Darul Ridzuan

Tuan,

PER : PERMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KOLEJ VOKASIONAL

Merujuk kepada perkara di atas, sukacitanya dimaklumkan bahawa kanak-kanak TASKA UMMI IDA ingin mengadakan lawatan sambil belajar di Kolej Vokasional sempena dengan tema tahunan TASKA UMMI IDA iaitu tema Haiwan Ternakan/Peliharaan.

2. Pihak TASKA UMMI IDA memilih Kolej Vokasional kerana ingin memberi pendedahan kepada kanak-kanak TASKA UMMI IDA tentang haiwan ternakan secara lebih dekat lagi. Sejajar dengan konsep pembelajaran TASKA UMMI IDA.

3. Berikut adalah tarikh yang pihak saya bercadang untuk membuat lawatan;-

   Hari                 : Selasa
                        Tarikh              : 2 Julai 2019
                        Masa               : 9 pagi

3. Oleh itu, saya berharap agar pihak tuan sudi mempertimbangkan dan meluluskan permohonan saya ini. Kerjasama dari pihak Tuan, amatlah saya hargai.

4.Bagi urusan selanjutnya, pihak tuan boleh menghubungi (Cikgu Mira di talian *********

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,                                              Disahkan Oleh,


……………………………………                                            ………………………………………….
(******************************************************)               (********************************)
PENYELIA TASKA UMMI IDA                                               PENGUSAHA TASKA UMMI IDA


Contoh Rancangan Pengajaran Harian Taska Ummi Ida


Contoh Rancangan Pengajaran Harian Taska Ummi Ida



RANCANGAN MENGAJAR HARIAN TASKA UMMI IDA 2019
MINGGU

TARIKH

HARI

TEMA

AKTIVITI 1 ( 9.00 PAGI – 9.40 PAGI
Tajuk Aktiviti

Objektif Aktiviti

Bidang Pembelajaran
          Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
          Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
          Perkembangan Kemahiran Awal Matematik dan Pemikiran Logik
          Perkembangan Kreativiti dan Estetika
          Perkembangan Fizikal
          Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian
Bahan BBM

Kelas

Langkah Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP)







Refleksi
Pada Akhir Pengajaran
_____ murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan  _________ murid yang tidak mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi akan datang
AKTIVITI 2 ( 9.40PAGI – 10.10 PAGI
Tajuk Aktiviti

Objektif Aktiviti

Bidang Pembelajaran
          Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
          Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
          Perkembangan Kemahiran Awal Matematik dan Pemikiran Logik
          Perkembangan Kreativiti dan Estetika
          Perkembangan Fizikal
          Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian
Bahan BBM

Kelas

Langkah Pengajaran dan Pembelajaran







Refleksi
Pada Akhir Pengajaran
_____ murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan  _________ murid yang tidak mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi akan datang
AKTIVITI 3 ( 10.10 PAGI – 11.00PAGI
Tajuk Aktiviti

Objektif Aktiviti

Bidang Pembelajaran
          Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
          Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
          Perkembangan Kemahiran Awal Matematik dan Pemikiran Logik
          Perkembangan Kreativiti dan Estetika
          Perkembangan Fizikal
          Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian
Bahan BBM

Kelas

Langkah Pengajaran dan Pembelajaran







Refleksi
Pada Akhir Pengajaran
_____ murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan  _________ murid yang tidak mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi akan datang

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...