Julai 04, 2019

Contoh Surat Permohonan Mengadakan Lawatan Sambil Belajar




TASKA UMMI IDA
NO. 98, LORONG INTAN 1,
TAMAN INTAN MAS,
36000 TELUK INTAN,
PERAK DARUL RIDZUAN
IP **************
                                                           
                                                                                                            Tarikh     : 26 Jun 2019
Kepada,
Pengarah,
Kolej Vokasional Teluk Intan,
Jalan Changkat Jong, Teluk Intan
Perak Darul Ridzuan

Tuan,

PER : PERMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KOLEJ VOKASIONAL

Merujuk kepada perkara di atas, sukacitanya dimaklumkan bahawa kanak-kanak TASKA UMMI IDA ingin mengadakan lawatan sambil belajar di Kolej Vokasional sempena dengan tema tahunan TASKA UMMI IDA iaitu tema Haiwan Ternakan/Peliharaan.

2. Pihak TASKA UMMI IDA memilih Kolej Vokasional kerana ingin memberi pendedahan kepada kanak-kanak TASKA UMMI IDA tentang haiwan ternakan secara lebih dekat lagi. Sejajar dengan konsep pembelajaran TASKA UMMI IDA.

3. Berikut adalah tarikh yang pihak saya bercadang untuk membuat lawatan;-

   Hari                 : Selasa
                        Tarikh              : 2 Julai 2019
                        Masa               : 9 pagi

3. Oleh itu, saya berharap agar pihak tuan sudi mempertimbangkan dan meluluskan permohonan saya ini. Kerjasama dari pihak Tuan, amatlah saya hargai.

4.Bagi urusan selanjutnya, pihak tuan boleh menghubungi (Cikgu Mira di talian *********

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,                                              Disahkan Oleh,


……………………………………                                            ………………………………………….
(******************************************************)               (********************************)
PENYELIA TASKA UMMI IDA                                               PENGUSAHA TASKA UMMI IDA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Week 7 : Theme My House

This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...