21 Ogos 2019
Lawatan Ke Balai Bomba Teluk Intan
Harini kakak bawa anak-anak Taska Ummi Ida ke Balai Bomba Teluk Intan. Kami bertolak dari Taska Ummi Ida pada jam 8.40 pagi. Lawatan ini diiringi 6 orang guru. semua anak-anak sangat teruja untuk ke Balai Bomba.
Kami tiba pada jam 9 pagi di balai bomba. Kami beratur dan mengambil gambar terlebih dahulu
Kemudian kami disambut oleh En Wan Zakari. En Wan Zakari memberi sedikit info tentang bagaimana hendak menyelamatkan diri sekiranya berlakunya kebakaran kepada kanak-kanak
Anak-anak dibawa masuk ke bilik kawalan Balai Bomba
Kanak-kanak kemudian menunggu di ruang menunggu kerana kebetulan pada hari ini ada kecemasan dimana ada orang yang terperangkap dalam lori. Maka tiada jentera pada ketika itu.
Oleh kerana jentera mengambil masa agak lama, maka Peg Bomba memberi cadangan untuk memberi anak-anak mandi air dari pili hos di Balai.
Memang excited sungguh ler anak-anak taska ni. Selalu mandi kolam air je kan.. harini kita mandi air Bomba pulak...
Harraz duk main lopak air jer.. bila air hos nak dekat je dia lari.. heheheh
Aina pula, mula2 xnak mandi.. sekali basah baru aina tahu seronoknya mandi air bomba. Miqdad kering je sampai habis aktiviti.
Seronok beno Husna ni... 😂😂😂
Selepas selesai aktiviti, Jentera pun sampai. Kakak mira pun minta izin dengan peg bomba tu nak minta anak-anak naik jentera. Sebab dah alang-alang sampai. Alhamdulillah peg bomba setuju . Anak-anak lagilah seronok dapat naik jentera
Maaf sebab anak-anak yang duk di bahagian depan tiada gambar.
kakak mira pulak boleh pulak terlupa nak bawa sikat. tu yang semua pun comey-comey je rambut semua tu.. maaf ya.. Tahun depan kakak mira ingat bawa sikat ya...
Punya lah susah kakak mira nak makesure kan semua memandang kamera. Cubaan kakak mira gagal. apakan daya. Nanti kene suruh editor edit kepala lagi lah 😂😂😂 siap bawa kerusi dari taska lagi sebab nak bagi gambar cun melecun.. hahahahaha
Tamatlah sudah kisah lawatan ke Balai Bomba pada kali ini. Tahun depan kita pergi lagi ya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan