This blog is made for those who are out of idea in teaching kids below 4 years old. I Hope this blog did help you in your teaching
Ogos 28, 2019
Lawatan Ke Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Teluk Intan
28 Ogos 2019
Lawatan Ke Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Teluk Intan
Kami bergerak dari Taska Ummi Ida menuju ke Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Teluk Intan pada jam 8.50 Pagi.. Kami tiba pada jam 9.10 pagi dan disambut mesra oleh pihak JPAM. Warga JPAM pun seronok dan bebesar hari menerima kunjungan dari anak-anak Taska Ummi Ida.
Aktiviti pertama sebelum aktiviti lain ialah aktiviti bergambar.. kakak mira siap bawa kerusi dari Taska untuk memastikan gambar cun melecun.. hahahaha...
Selepas aktiviti bergambar, anak-anak dibawa naik ke ruangan atas untuk sesi penerangan tentang apa itu JPAM
ni adalah bilik gerakan JPAM yang beroperasi 24 jam ya.. Ruangan ni ruangan berhawa dingin.. sangat selesa.. Semasa kami tiba, pihak JPAM dah siap sedia dengan slide untuk memberi keterangan yang lebih terang pada kanak-kanak.
Selepas itu, kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai jenis pakaian JPAM dimana pakaian-pakaian ini mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri
seperti yang kita dapat lihat di atas, uniform biru celoreng adalah uniform baru JPAM dan yang biru kosong itu adalah uniform JPAM yang lama.. Walaubagaimanapun, Uniform lama masih lagi digunakan untuk operasi. uniform baru JPAM cantik... hehehehe
ni adalah pakaian untuk pihak JPAM menguruskan kemalangan. Apron dipakai bagi mengelakkan percikan darah terkena pada pakaian. terdapat juga sarung tangan dan juga penutup hidung.
Masa mula-mula abang ni keluar dengan baju ni, semua cakap ni astronaut.. hahahha,.. berdekah pihak JPAM dengan jawapan anak-anak taska. hadoi.. NI adalah pakaian untuk pihak JPAM menguruskan serangga seperti lebah, tebuan dan lain-lain.
Yang lagi 2 ni kakak mira lupa lah fungsinya apa.. huhuhu... maafkan saya..
kemudian kami dibawa masuk ke bilik stor di mana pihak JPAM menyimpan barangan untuk menyelamat
En Amir sedang memberikan penerangan kepada kanak-kanak tentang peralatan-peralatan menyelamat
Kebetulan ada ular di JPAM, makanya anak-anak diberi peluang untuk melihat sendiri ular. Pihak JPAM juga menunjukkan kepada anak-anak alatan yang digunakan untuk menangkap ular
Besar tau ularnya
Selepas itu, anak-anak diberi peluang untuk menaiki ambulans
Nasib anak-anak dibawa pusing menaiki ambulans. Tahun depan kami dapat menaiki hoverkraf.. tapi tahun ni tak dapat sebab hoverkrafnya berada di Ipoh sepena Hari Kemerdekaan.. Tahun depan kakak mira kena alert supaya tak buat pada hari dekat dengan hari kemerdekaan... kalau tak nnti xdapat naik hoverkraf... heheheh
Kebetulan masa kami berada di JPAM, Taska Permata sedang berarak sempena hari KEMERDEKAAN... seronok anak-anak dapat melihat kawan2 dari TASKA PERMATA TELUK INTAN.
Sebelum kami pulang, anak-anak menyapu hand-sanitizer untuk
membasmi kuman..
Anak-anak diberikan sebuah buku tentang JPAM... Seronok kome dapat g JPAM...
Tahun depan kita pergi lagi ya..
Langgan:
Catatan (Atom)
Week 7 : Theme My House
This Is The Summary Of The Whole Week Of My House Theme Activity 1 : House Match Activity Activity 2 - Colour Match Activity Activity 3 - Wo...
-
Rancangan Pelaksanaan Aktiviti Tarikh / Hari 8 Julai 2019 / Isnin Masa 9.40 - 10.20 pagi ( ...
-
Rancangan Pelaksanaan Aktiviti Tarikh/Hari 30 Julai 2019 (Selasa) Masa 9.40 pagi – 10.20 pagi U...
-
Rancangan Pelaksanaan Aktiviti Tarikh / Hari 15 Julai 2019 / Isnin Masa 9.00 – 9.40 pagi (...